Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
148) LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kapasiti rekaan (designed capacity) kapasiti pengeluaran air terawat loji ini setiap hari sekarang?
Kapasiti reka bentuk pengeluaran LRA Labohan Dagang ialah 200 juta liter sehari (JLH), sementara permintaan pengeluaran air semasa pula adalah sebanyak 131 juta liter air sehari (JLH).
-
Apakah kawasan yang menerima air terawat daripada loji ini serta kadar bekalannya setiap hari?
Kawasan-kawasan yang menerima bekalan air dari LA Labohan Dagang adalah Banting, Sungai Manggis, Telok Datok, Kelanang, Morib, Kampung Bandar dan Jugra. Kadar penggunaan semasa bagi kawasan-kawasan tersebut adalah sebanyak 131 JLH.