Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

108) LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembinaan LRA Labohan Dagang?

    Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang akan dibina di Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat dengan kapasiti sebanyak 200 JLH. Dalam melaksanakan projek ini, ia telah disusun kepada lima (5) pakej seperti berikut:-

    Bil

     

    Nama Pakej Tarikh Mula Tarikh Siap
    1. PAKEJ A – Kerja-kerja Pengukuhan dan Pemuliharaan Kolam Pra-rawatan dan Kolam Utama Termasuk

    Membina Mukasauk di Sungai Langat. Kontraktor: FCY Constructions Sdn. Bhd.

    Kos Projek: RM 38,200,000.00

     

    14 September 2016

    (18 bulan)

    13 Mac 2018
    2. PAKEJ B – Membina, Menguji dan Mentauliah Tangki Air Konkrit Bertetulang Muatan 40ML, Kerja-kerja

    Cerun, Jalan Masuk Serta Kerja-kerja Berkaitan di Bukit Jugra, Kuala Langat, Selangor Kontraktor: Ikatan Gemajaya Sdn. Bhd.

    Kos Projek: RM 32,238,000.00

     

    24 Oktober 2016

    (78 minggu)

    23 April 2018
    3. PAKEJ C1 – Membekal, Memasang, Menguji dan Mentauliah Paip M.S.

    Bergarispusat 1800 Mm serta Kerja-

    06 Januari 2017

    (78 minggu)

    05 Julai 2018
    Bil

     

    Nama Pakej Tarikh Mula Tarikh Siap
      kerja Berkaitan dari Loji Rawatan Air Labohan Dagang ke Jalan Sukun, Kanchong Darat, Kuala Langat, Selangor Kontraktor: Leika Sdn. Bhd. Kos Projek: RM 49,307,016.00

     

       
    4. PAKEJ C2 – Membekal, Memasang, Menguji dan Mentauliah Paip M.S. 1800 mm serta Kerja-kerja Berkaitan dari Jalan Sukun, Kanchong Darat ke Jalan Bukit Jugra

    Kontraktor: Ang Yoke Lian Sdn. Bhd. Kos Projek: RM 45,316,694.00

     

    14 Februari 2017

    (78 minggu)

    13 Ogos 2018
    5. PAKEJ D – Menguji dan Mentauliah Sebuah Loji Rawatan Air Berkapasiti

    200 Mld serta Kerja-Kerja Berkaitan di

    Labohan    Dagang,     Kuala     Langat,

    Selangor

    Kontraktor: Cipta Wawasan Maju Engineering Sdn. Bhd.

    Kos Projek: RM 184,300,000.00

     

    07 Julai 2017

    (66 minggu)

    11 Oktober 2018
      KOS KESELURUHAN PROJEK– RM 427.0 juta termasuk kos pengambilan tanah, pelantikan perunding dan kos-kos lain yang berkaitan

    Pada ketika ini kerja-kerja di tapak telah mencapai 4% melibatkan kerja-kerja pembersihan tapak dan dijangka projek akan siap mengikut jadual yang telah ditetapkan.

  2. Adakah Kerajaan Negeri menghadapi sebarang masalah dalam membina LRA tersebut?

     

    1. Di dalam melaksanakan projek ini, masalah utama yang dihadapi adalah berkaitan dengan pengambilan balik tanah dan pencerobohan peneroka haram di atas tanah kerajaan. Pengambilan balik tanah melibatkan proses yang panjang dan menjadi bertambah sulit apabila tuan tanah tidak dapat dikesan.  Kelewatan di dalam proses pengambilan balik tanah ini juga disebabkan rekod carian yang diperoleh oleh juru ukur yang telah dilantik tidak sama dengan rekod tanah yang ada di Pejabat Tanah. Justeru itu, semakan semula perlu dibuat oleh Pejabat Tanah.
    2. Sebahagian besar tanah yang terlibat dalam projek ini adalah tanah kerajaan. Terdapat banyak pencerobohan peneroka ke atas tanah kerajaan yang mana turut menyumbang kepada kelewatan kerana sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan tapak, pihak kontraktor yang telah dilantik terpaksa berurusan dengan pihak peneroka dengan membayar sagu hati ke atas setiap pokok yang ada di tapak projek.  Sebagai contoh, dalam pengiraan yang telah dibuat di atas tapak bagi kerja-kerja pemasangan paip, sejumlah 5001 batang pokok yang kebanyakannya terdiri daripada pokok kelapa sawit ditanam di atas tanah kerajaan oleh lebih kurang 66 peneroka. Pada masa yang sama juga, terdapat peneroka yang tidak mahu bertolak ansur atas jumlah sagu hati yang ditawarkan.
    3. Melalui bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat dan Jabatan Kemajuan Orang Asli, isu-isu berkaitan tanah dapat diselesaikan.

     

  3. Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan ia siap dalam tempoh ditetapkan?

    Dalam usaha untuk memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan, pemantauan di tapak dibuat secara berkala dan rapi melalui mesyuarat tapak setiap bulan bagi membincangkan kemajuan projek dan mencari penyelesaian terhadap sebarang masalah yang timbul supaya tidak menjejaskan perjalanan pelaksanaan projek.  Kerajaan Negeri juga memantau pelaksanaan projek dengan memastikan kontraktor mengemukakan Laporan Kemajuan Kerja Mingguan di mana melalui laporan ini, Kerajaan Negeri dapat mengesan sebarang masalah yang dihadapi oleh pihak kontraktor.

Lampiran

Tiada Lampiran.