Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
87) LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini loji rawatan air Labohan Dagang?
- Setakat 30 Oktober 2018, status pelaksanaan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang adalah seperti berikut:
-
Bilakah projek pembinaan loji ini dijangka siap?
Secara amnya, kemajuan sebenar di tapak bagi keseluruhan projek telah mencapai 75%. Buat masa ini pihak kontraktor sedang dalam usaha untuk menyiapkan kerja di tapak berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Pada asalnya, pembangunan LRA Labohan Dagang dijadualkan siap pada Disember 2018, namun disebabkan kekangan di tapak dan perubahan teknikal yang tidak dapat dielakkan, jadual kerja telah disemak dan lanjutan masa telah diluluskan sehingga 23 April 2019.