Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

183) LOJI PEMBANCUH SIMEN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan loji pembancuh simen yang berlesen dan tidak berlesen di kawasan MPSJ.

    Berikut adalah senarai loji pembancuh simen yang berlesen dan tidak berlesen:-

    Senarai Yang Mempunyai Kebenaran Merancang Senarai Yang Tidak Mempunyai

    Kebenaran Merancang & Telah Diambil Tindakan Penguatkuasaan

    ONE CITY PROPERTIES MACRO DIMENSION CONCRETE
    HANSON BUILDING MATERIALS

    (M) SDN BHD

    ONE CITY PROPERTIES
    TRU MIX SDN BHD EXTROBRIGHT CONCRETE SDN

    BHD

    SK MIX TASEK CONCRETE SDN BHD
    LEE SU HA CEMEX CONCRETE SDN BHD
      BUILDCON CONCRETE SDN BHD
      PAKATAN PERAK BINA SDN BHD
      PA CONCRETE SDN BHD
      MEGAMIX SDN BHD
      LAFARGE CONCRETE (M) SDN BHD
      CHIN HIN CONCRETE SDN BHD
      PRO PARK SDN BHD
      ACE HALLMARK SDN BHD

     

  2. Nyatakan garis panduan kelulusan pembinaan loji pembancuh simen.

    Garispanduan Perancangan Loji Pembancuh Konkrit MPSJ sedang dalam proses semakan dan akan dilaksanakan pada bulan November

  3. Apakah langkah pemantauan untuk memastikan tiada masalah pencemaran udara dan air, serta kerosakan jalan yang akan diakibatkan oleh pengusaha tersebut?

    Langkah pemantauan untuk memastikan tiada masalah pencemaran udara dan air, serta kerosakan jalan yang akan diakibatkan oleh pengusaha tersebut adalah seperti berikut:

    • Untuk pemajuan besar loji pembancuh konkrit adalah digalakkan diletak di dalam tapak pembinaan yang telah diberi kelulusan untuk membekal konkrit untuk pembinaan di tapak sendiri
    • Perletakan loji-loji pembancuh konkrit dihadkan kepada beberapa lokasi yang tertentu, khususnya jauh dari kawasan kediaman dan loji-loji pembancuh konkrit ini boleh membekal konkrit ke lain-lain tapak
    • Mengawal dan menghadkan masa operasi untuk loji-loji pembancuh konkrit.
    • Kawalan lebih ketat mengenai perjalanan lori-lori membekal konkrit mengawal dan menghadkan jarak dan bilangan bagi lori-lori yang membekalkan
    • Wang jaminan kerosakan jalan didepositkan dalam akaun MPSJ dengan kadar RM 250, 00.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.