Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
193) LOJI AIR TERAWAT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah tangki / reservoir air terawat di Negeri Selangor dan apakah jumlah kapasiti keseluruhannya
Jumlah tangki/kolam air terawat di Negeri Selangor termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah sebanyak 1,572 buah dengan kapasiti 4,182 juta liter.
-
Berapakah tangki ini yang mengalami masalah, gangguan, kerosakan atau tidak berfungsi?
Terdapat sebanyak 144 buah tangki air terawat/kolam yang mengalami masalah dan Air Selangor telah merangka Pelan Perancangan 10 tahun bagi membaikpulih tangki air/kolam yang menghadapi kerosakan dan tidak berfungsi.