Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

49) LOCAL AGENDA 21 (LA 21)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini dengan LA21 dan apa tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan tujuan sebenar LA21 dicapai, di mana suara penduduk diambil perhatian secara sah dari segi undang-undang?

    Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor melaksanakan inisiatif Agenda 21 Tempatan (LA21) berdasarkan kepada keperluan program dan inisiatif yang dilaksanakan sejajar dengan perkembangan semasa iaitu selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) diperingkat antarabangsa yang ditetapkan oleh United Nations. Bagi memastikan tujuan sebenar LA21 ini dicapai, inklusiviti penyertaan awam dalam perancangan dan pembangunan di Negeri di buat melalui penyertaan awam dalam penyediaan Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172). Melalui publisiti dan penyertaan awam, masyarakat boleh mengutarakan pandangan dan suara berkaitan dengan perancangan dan pembangunan di kawasan masing-masing.

  2. Bolehkah satu sistem dibuat dimana, PBT boleh melantik konsultan bagi penelitian cerun dan kajian trafik secara bebas dan memberikan laporan untuk penelitian majlis dan kos kajian tersebut akan ditanggung oleh pihak pemaju?

    Pada masa kini pihak pemaju melantik perunding/konsultan bagi menjalankan dan meneliti cerun-cerun dan kajian trafik secara bebas. Kajian-kajian ini akan membentangkan kepada PBT melalui mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan. PBT sebagai entiti yang diwujudkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, [Akta 171], boleh mewujudkan pentadbiran, perjalanan urusan PBT itu sendiri dan menentukan urus tadbir am kewangannya sendiri, melalui kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta 171. Akta 171 juga memberikan kuasa kepada PBT untuk membuat undang-undang kecil bagi suaimanfaat perancangan, pengawalan dan pengurusan bandar. Justeru, cadangan PBT melantik perundingnya sendiri bagi melaksanakan penelitian cerun dan menjalankan kajian trafik secara bebas, tidak melanggar peruntukan perundangan semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.