Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

100) LITAR LUMBA DI GOMBAK

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini tentang litar lumba di Gombak? Apakah jangka masa penyiapan litar tersebut?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sedang dalam proses pewartaan untuk pembinaan litar lumba ini.
    Tempoh jangka masa penyiapan pembinaan ini adalah bergantung pada cadangan vendor yang dilantik melalui perolehan Kerajaan Negeri.

  2. Selain daripada penganjuran acara-acara permotoran, apakah kerajaan juga akan menjadikannya sebagai litar latihan dan terbuka kepada golongan belia dengan kos yang rendah?

    Sejajar dengan objektif pembinaan litar lumba ini, Kerajaan Negeri telah menggariskan antara fungsi utama litar ini adalah untuk menyediakan prasarana atau kemudahan sukan yang menceburi bidang permotoran. Selain ia bakal menjadi pentas utama untuk penganjuran sukan permotoran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, kemudahan ini juga akan menjadi litar latihan dan terbuka kepada mana-mana individu dan pasukan untuk menggunakannya dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Lampiran

Tiada Lampiran.