Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

164) LIPUTAN RANGKAIAN MUDAH ALIH DAN INTERNET LUAR BANDAR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan liputan rangkaian mudah alih dan internet di kawasan luar bandar yang sangat teruk liputannya?

    Kerajaan Negeri Selangor sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat telco untuk menyelaras pembangunan Pelan Fiberisasi dan Kesalinghubungan Kebangsaan (National Fiberisation and Connectivity Plan – NFCP) dan pelan-pelan pembangunan rangkaian mudah alih. Penyelarasan ini dapat meningkatkan keluasan kawasasan liputan terutama di luar bandar.

  2. Adakah kerajaan negeri akan memperluaskan liputan wifi smart selangor ke kampung - kampung dan meningkatkan kualiti liputannya?

    Liputan WiFi Smart Selangor ke kampung – kampung, buat ketika ini adalah bergantung sepenuhnya kepada capaian pembekal perkhidmatan sedia ada. Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama dengan MBI dan SMARTSEL  sedang melaksanakan penyusunan kawasan liputan dan memastikan kawasan-kawasan perumahan di luar bandar diberi keutamaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.