Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
157) LIPUTAN INTERNET DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah liputan internet di negeri Selangor oleh syarikat penyedia perkhidmatan?
Berdasarkan kepada Perjanjian Konsesi SYABAS, SYABAS telah diberikan hak dan autoriti untuk mengutip Tarif yang digazetkan dari pengguna melalui bil-bil air yang dikeluarkan ke atas Sekiranya pengguna gagal membayar bil-bil air yang telah ditetapkan itu, SYABAS akan mengambil tindakan untuk memotong bekalan air kepada pengguna tersebut. Perjanjian Konsesi SYABAS juga menetapkan supaya SYABAS mengagihkan bekalan air kepada semua pengguna.
-
Apakah kadar penembusan internat seluruh Selangor?
Berdasarkan data daripada SKMM, kadar capaian internet untuk keseluruhan Negeri Selangor meningkat dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan usaha-usaha kerajaan negeri bagi meningkatkan capaian internet ke seluruh negeri Selangor berhasil dengan memberikan perkhidmatan WiFi
Berdasarkan makluman yang diberikan oleh pihak SKMM, sasaran penembusan jalur lebar di peringkat nasional adalah 75% penembusan pada tahun 2015. Manakala pencapaian di Negeri Selangor adalah BAIK memandangkan tahap pencapaian telah melebihi penembusan peringkat nasional (67.2%). Pada masa kini pihak SKMM belum mempunyai data pecahan mengikut PBT di negeri Selangor.
Jadual di bawah menunjukkan peningkatan kadar penembusan jalur lebar di Negeri Selangor dari tahun 2008 sehingga April 2014.
Tahun Kadar Penembusan (%) 2008 33.2 2009 49.1 2010 67.3 2011 74.8 2012 77.6 2013 78.7 2014 (sehingga April 2014) 79.6 *Sumber daripada SKMM
-
Adakah program untuk perkhidmatan internet percuma rakyat Selangor?
Beberapa program perkhidmatan internet percuma telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengurangkan jurang capaian internet dan informasi antara bandar dan desa adalah seperti berikut:
- Menyediakan kemudahan WiFi Selangorku
Pada tahun 2013, dengan menggunakan peruntukan Geran Selangorku, Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan lokasi perkhidmatan internet WiFi untuk rakyat negeri Selangor sebanyak 112 lokasi di seluruh Negeri Selangor. Program ini dinamakan WiFi Selangorku. Penempatan lokasi ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar.
Setiap DUN diperuntukkan sebanyak 2 lokasi. Bagi mengenal pasti kawasan-kawasan terpilih, setiap DUN telah diminta untuk mengemukakan cadangan kepada STANDCO Sains, Teknologi dan Inovasi bagi memastikan semua mendapat kemudahan ini.
- Menyediakan Pusat Siber Rakyat (PSR)
Satu lagi langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan jurang capaian internet dan informasi ialah penubuhan Pusat Siber Rakyat yang dibiayai oleh Kerajaan dengan konsep menggabungkan ilmu, maklumat dan pengetahuan dengan menggunakan medium berbentuk fizikal dan digital dan menjadikan PSR untuk penyebaran ilmu ICT bagi masyarakat luar bandar. Ia juga sebagai salah satu usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan. PSR yang ditubuhkan ini juga adalah bagi meningkatkan pendidikan komputer dan mengupayakan komuniti luar bandar mendapat akses dan menggunakan maklumat bagi meningkatkan taraf sosial dan ekonomi mereka. Beberapa program khusus juga akan dirangka dan dilaksanakan bagi melengkapkan orang kurang upaya, warga emas, pengusaha perusahaan mikro, ibu tunggal, belia dan golongan miskin di bandar dengan penggunaan perkhidmatan ICT dan seterusnya membantu peningkatan proses pembelajaran, khususnya kepada mereka yang kurang kemampuan.
PSR ini telah dilaksanakan bermula pada tahun 2009, sehingga kini telah terdapat 25 lokasi seperti berikut telah diwujudkan:-
Lokasi Pusat Siber Rakyat Tahun 2010 :
PSR Perpustakaan Klang
PSR Perpustakaan Banting,Kuala Langat PSR Perpustakaan Semenyih,Hulu Langat
PSR Perpustakaan Pekan Bestari Jaya,Kuala Selangor
PSR Perpustakaan Desa Kampung Melayu Ampang,Hulu Langat
Lokasi Pusat Siber Rakyat Tahun 2011 : PSR Kg. Kuantan,Klang
PSR Seksyen 19, Shah Alam
PSR Perpustakaan Daerah Gombak
PSR Perpustakaan Daerah Sabak Bernam PSR Perpustakaan Daerah Hulu Selangor
Lokasi Pusat Siber Rakyat Tahun 2012 : PSR Perpustakaan Pelabuhan Klang, PSR Perpustakaan Sungai Pelek,
PSR Perpustakaan Dataran Sabak Bernam, PSR Perpustakaan Hulu Bernam,
PSR Perpustakaan Rawang,
Lokasi Pusat Siber Rakyat Tahun 2013 :
PSR Perpustakaan Desa Kalumpang, PSR Perpustakaan Daerah Hulu Langat PSR Perpustakaan Pekan Sekinchan,
PSR Perpustakaan Daerah Kuala Selangor, PSR Perpustakaan Komuniti Sungai Udang,
Pada tahun ini(2104) pula lima(5) PSR lagi akan dibangunkan iaitu : PSR Perpustakaan Desa Jenjarum, Kuala Langat
PSR Perpustakaan Desa Parit Baru, Sabak Bernam PSR Perpustakaan Desa Parit Mahang, Kuala Selangor PSR Perpustakaan Desa Kuang, Petaling