Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

149) LIPUTAN 5G

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan berapakah bilangan kawasan dalam Daerah Kuala Selangor yang telah dinaiktaraf perkhidmatan jalur lebar kepada status 5G.

    Menurut data terkini daripada MCMC, sehingga 4 Julai 2022 sebanyak 503 tapak 5G telah siap dibangunkan di beberapa daerah di Negeri Selangor termasuklah Sepang, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak. Bagi daerah Kuala Selangor, belum ada kawasan yang telah diliputi perkhidmatan 5G buat masa ini.

  2. Nyatakan bilakah Daerah Kuala Selangor akan menerima naiktaraf perkhidmatan jalur lebar berstatus 5G sepenuhnya?

    Pelaksanaan pembangunan rangkaian 5G di daerah Kuala Selangor dirancang akan dilaksanakan bermula pada suku kedua 2023. Walau bagaimanapun, kerja-kerja perancangan dan juga lawatan tapak telah pun dimulakan. Pihak Digital Nasional Berhad (DNB) telah menyasarkan sehingga 80% kawasan berpenduduk di seluruh negara akan mendapat liputan 5G pada penghujung tahun 2024. Pelaksanaan yang pantas dan meluas ini akan mengurangkan risiko peluasan jurang digital dalam masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.