Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
165) LINDUNGI ALAM SEKITAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan serius mempromosikan usaha-usaha melindungi alam sekitar dengan mengasingkan bahan buangan serta mengitar semula bahan-bahan tersebut?
- Kerajaan Negeri sememangnya serius dalam mempromosikan usaha-usaha melindungi alam sekitar dengan mengasingkan bahan buangan serta mengitar semula bahan-bahan tersebut dengan pelaksanaan pelbagai program di peringkat PBT seperti berikut:
i) Program Penyediaan Fasiliti Pusat Kitar Semula
Menggunakan konsep ‘buy back’ iaitu setiap penghantaran barangan kitar semula ke semua pusat kitar semula akan menerima insentif wang ringgit secara terus daripada pihak operator.
ii) Program Kitar Semula Minyak Masak
Program ini disertai oleh pengusaha premis makanan dan medan selera awam. Setiap peserta yang menyertai program ini akan diberikan insentif wang ringgit (mengikut kuantiti minyak masak terpakai yang dikumpulkan) setiap kali kutipan dilakukan oleh kontraktor.
iii) Program Kompos Komuniti
Melalui program ini, PBT akan memberikan tong kompos percuma dan setiap peserta turut diajar kaedah melakukan pengkomposan untuk dilaksanakan di rumah masing-masing. Manfaat yang diperoleh peserta ialah baja kompos percuma hasil daripada aktiviti pengkomposan sisa organik yang mereka lakukan.
-
Nyatakan program-program yang sudah dilaksanakan mengikut DUN.
- Di antara program-program kitar semula yang telah dilaksanakan di beberapa DUN adalah seperti berikut :
BIL. DUN PROGRAM TARIKH 1. N09 Karnival Rakyat Bersama PKM Dun Permatang Dan Pelancaran Kempen Kitar Semula 15-16 November 2013 2. N18 Recycle For Charity 9 April 2013 3. N21 Kempen Kitar Semula 19 Oktober 2013 4. N34 Kempen Bazar Ramadhan Mampan 22 Julai 2013 5. N37 Kempen Bazar Ramadhan Mampan 6 Ogos 2013 Majlis Penerangan Kempen Kitar Semula Minyak Masak 6 November 2013 6. N39 Kempen Bazar Ramadhan Mampan 24 Julai 2013 7. N40 Kempen Bazar Ramadhan Mampan 23 Julai 2013 8. N46 Majlis Penerangan Kempen Kitar Semula Minyak Masak 19 Oktober 2013 9. N51 Kempen Bazar Ramadhan Mampan 31 Julai 2013