Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

64) LIGA BOLA SEPAK HULU LANGAT TIDAK BERGIAT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah liga tersebut malap dan begitu lama tidak bergiat ?

    Liga tersebut yang tidak bergiat sejak sekian lama adalah kemungkinan Persatuan
    Bolasepak Daerah tersebut sudah tidak aktif lagi atau masalah kewangan.

  2. Siapakah sepatutnya bertanggungjawab bagi memulihkan liga tersebut.

    Selain Persatuan Bolasepak Daerah yang pada umumnya bertanggungjawab menganjurkan liga daerah, badan-badan NGO lain juga boleh menjalankan liga di daerah asalkan mendapat ’ sanction’ Persatuan Bolasepak Selangor sebagai badan
    berkuasa dalam sukan Bolasepak di Negeri Selangor bagi memudahkan
    perlaksanaannya.

  3. Apakah perancangan utama bagi memulihkan imej liga bola sepak di Hulu Langat?

    Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor yang memantau aktiviti program pembangunan
    sukan di daerah-daerah melalui Majlis Sukan Daerah dan ini dalam rangka perancangan
    penstrukturan semula Majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.