Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
53) LIGA AKAR UMBI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan perancangan program ini?
Bagi pelaksanaan program Liga Akar Umbi ini Majlis Sukan Negeri Selangor akan membuat perancangan untuk mengadakan dalam bentuk sirkit. Perlaksanaan akan melibatkan penganjuran 3 kali seperti berikut :-
Penganjuran Liga Akar Umbi ini melibatkan atlet-atlet dalam program pembangunan di daerah iaitu melalui program Pusat Latihan Majlis Sukan Daerah (PLMSD) seluruh negeri Selangor. Liga Akar Umbi ini akan melibatkan umur atlet antara 13-18 tahun dan ianya diadakan secara tahunan kerana ianya sebagai platform untuk menilai prestasi atlet – atlet di daerah bagi memastikan pembangunan prestasi atlet berterusan di negeri Selangor.
Perancangan untuk melaksanakan progam Liga Akar Umbi ini dilihat bertepatan dalam memastikan perkembangan sukan di negeri Selangor sentiasa berjalan dan bersedia sepanjang tahun.
Sungguhpun penularan virus Covid-19 masih lagi berleluasa, penganjuran liga ini akan disesuaikan dengan kaedah – kaedah yang selamat dan perlu mendapat kelulusan dari pihak KKM dan MKN.
-
Apakah matlamat dan sukan tumpuan yang akan dipertandingkan?
Secara Amnya matlamat utama penganjuran Liga Akar Umbi ini adalah bertujuan untuk dijadikan kayu pengukur dalam menilai prestasi atlet dan jurulatih yang terlibat dalam program yang dijalankan sepanjang tahun.
Disamping itu juga liga ini dilihat sebagai pemangkin untuk mengenalpasti pelapis-pelapis atlet baru yang akan diketengahkan pada masa akan datang berdasarkan pencapaian yang diperolehi.
Manakala Sukan tumpuan yang akan dipertandingkan adalah :-
Pemilihan jenis sukan ini dibuat berdasarkan perlaksanaan program sediada di Majlis Sukan Negeri Selangor melalui Pusat Latihan Majlis Sukan Daerah (PLMSD).Sukan-sukan ini mempunyai program latihan yang berterusan sepanjang tahun dan teratur berdasarkan perancangan jurulatih yang dilantik oleh MSNS. Disamping itu juga adanya atlet-atlet diperingkat pelapis / akar umbi yang sentiasa memerlukan kejohanan bagi membuat penilaian prestasi semasa meraka. Selain itu jenis-jenis sukan yang dilihat mempunyai sambutan dikalangan atlet diseluruh negeri Selangor juga akan pertandingkan