Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

303) LIFT FLAT SRI PERANTAU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri berkenaan dengan laporan-laporan dan masalah-masalah lift yang tidak boleh di gunakan kadang-kadang melebihi 3 bulan di 12 blok Flat Sri Perantau?

    Pangsapuri Sri Perantau mempunyai 12 blok dengan jumlah keseluruhan unit adalah 1,656.

     

    Yuran penyelenggaraan bagi satu unit RM 55.00 (RM50.00 bil penyelenggaraan dan RM5.00 sinking fund).

     

    Untuk makluman, setiap blok A hingga L di Pangsapuri Sri Perantau masing-masing mempunyai dua unit lift.

     

    Pihak JKR telah menjalankan kerja-kerja penambaikan bagi 12 lift (setiap blok menerima 1 lift) dengan kos bernilai RM 1,158,843.00 dan telah siap pada 3/5/2023. Tetapi kerja pembaikan ini masih dalam proses mendapatkan kelulusan dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Untuk makluman, peruntukan pembaikan ini adalah dari Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU JPM) tanpa melalui PKNS.

     

    Makluman tambahan, PKNS menghadapi  masalah kutipan MC berjumlah RM4,246,660.63 yang menyebabkan IPC (Agen Berdaftar) sukar melakukan kerja-kerja pembaikan bagi kawasan gunasama terutamanya pembaikan lif memandangkan vandalisme kerap berlaku di kawasan tersebut. Ini terbukti di mana pembaikan lift yang baru sahaja dilakukan oleh pihak JKR telah berlaku kecurian atau kerosakan komponen utama sebelum pihak JKR membuat pemeriksaan bersama dengan JKKP.

     

    Walau bagaimanapun, PKNS, COB dan IPC (Agen Berdaftar) sedaya upaya menubuhkan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) di kawasan tersebut walaupun sebanyak 5 kali percubaan penubuhan JMB gagal.

     

    Dengan wujudnya JMB dikawasan tersebut memudahkan JMB mendapatkan bantuan dari agensi-agensi berkaitan seperti COB, ICU dan lain-lain agensi pelaksana bagi kerja-kerja pembaikan kawasan awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.