Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

138) LESEN SEMENTARA PERTANIAN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat memberi kebenaran khas atau lesen sementara kepada mereka yang mengusahakan tanah Kerajaan Negeri untuk aktiviti pertanian?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui MMKN ke 19/2019 bertarikh 10 Jun 2019 yang telah disahkan oleh MMKN ke 20/2019 pada 24 Jun 2019 telah meluluskan garis panduan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di atas Tanah Rizab Kerajaan di Negeri Selangor yang menetapkan permohonan LPS di atas tanah rizab dibenarkan untuk tujuan pertanian (tanaman kontan). Garis panduan Lesen Pendudukan Sementara ini diterjemahkan melalui Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil. 4/2015 yang berkuat kuasa pemakaiannya pada 23 September 2015.

    Sehubungan itu, mereka yang berhasrat mengusahakan aktiviti pertanian terhad kepada tanaman kontan sahaja di atas Tanah Rizab Kerajaan seperti rizab sungai, rizab jalan, rentis talian elektrik dan lain-lain tanah rizab negeri boleh mengemukakan permohonan ke Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan untuk pertimbangan selanjutnya selaras dengan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil. 4/2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.