Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

333) LESEN SEMENTARA PENJAJA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan pihak PBT untuk peniaga-peniaga jalanan yang ingin mencari rezeki dan apakah alternatif PBT untuk membantu peniaga - peniaga ini untuk terus berniaga sambil mengikut prosedur undang-undang yang telah disediakan?

    Perancangan PBT bagi membantu peniaga-peniaga jalanan untuk terus berniaga adalah seperti berikut :-

    1. Menyediakan infrastruktur seperti kiosk, gerai dan pasar di dalam kawasan PBT;
    2. Menyediakan Tapak Penjaja Sementara Berpusat bagi menempatkan peniaga yang tidak mempunyai kos perniagaan yang tinggi;
    3. Menaiktaraf platform penempatan penjaja sementara;
    4. Mengeluarkan permit penjaja sementara selama 3 bulan bagi peniaga jalanan memulakan perniagaan dengan kos yang rendah;
    5. Memudahkan permohonan permit penjaja sementara dengan menyediakan permohonan secara atas talian seperti e-penjaja dan my-lesen;
    6. Menyediakan Latihan Keusahawanan dengan kerjasama agensi-agensi seperti Hijrah, PLATS, FAMA, SIDEC dan DEFM; dan
    7. Menyantuni penjaja-penjaja yang tidak berlesen melalui bancian secara berkala bagi memastikan jumlah penjaja tanpa lessen ini dapat dikurangkan dari masa ke semasa.

     

    Di antara langkah alternatif yang boleh diambil adalah seperti berikut:

     

    1. Penjaja memohon bantuan daripada pihak Geran Digital Penjaja Madani bagi memantapkan perniagaan secara pendigitalan supaya dapat mewujudkan kelompok penjaja yang lebih berdaya saing dalam konteks ekonomi digital;
    2. Penjaja menghadiri Klinik Usahawan Selangor Klinik Usahawan Selangor yang dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai Agensi Pelaksana bertujuan untuk memberi bantuan dan khidmat nasihat perniagaan dari aspek tadbir urus, pemasaran, pengurusan kewangan danpeluan gpembiayaan kepada usahawan Negeri Selangor termasuk usahawan belia. Ia juga bertujuan untuk memberi bimbingan dalam perniagaan secara one to one dan menyeluruh bagi menyelesaikan masalah, ketidakupayaan dan kekangan yang membantutkan perkembangan perniagaan ; dan
    3. Penjaja menghadiri Program Selangor 1000 Digital untuk mendigitalisasikan usahwan di Selangor yang dianjurkan oleh Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC). Program ini mensasarkan sebanyak 1000 peserta secara keseluruhan.

Lampiran

Tiada Lampiran.