Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

162) LESEN PUSAT SIBER

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah lesen dan jenis pusat siber terkini yang dikeluarkan dan nyatakan maklumat syarikat pemegang lesen tersebut mengikut PBT

    Jumlah lesen pusat siber yang dikeluarkan adalah sebanyak 352. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut :

    PBT Jenis Pusat Siber Jumlah Lesen Pusat Siber
    MBSA Pusat Siber 59
    Kafe Siber
    MBPJ

     

    Pusat Siber 32
    Kafe Siber
    MPK Pusat Siber 18
    Kafe Siber 18
    MPAJ Pusat Siber 28
    Kafe Siber
    MPSJ Pusat Siber 15
    Kafe Siber 9
    MPS Pusat Siber 12
    Kafe Siber 0
    MPKj Pusat Siber 63
    Kafe Siber
    MPSp Pusat Siber 21
    Kafe Siber 4
    MDKL Pusat Siber 22
    Kafe Siber 0
    MDHS Pusat Siber 13
    Kafe Siber 4
    MDKS Pusat Siber 14
    Kafe Siber 0
    MDSB Pusat Siber 20
    Kafe Siber 0
    JUMLAH 352

    Nota : Sumber maklumat daripada setiap PBT.

    Syarat-syarat penting yang mesti diikuti oleh pemegang lesen-lesen adalah seperti mana yang ditetapkan oleh PBT seperti berikut :

    1. Waktu operasi yang dibenarkan iaitu dari 7.00 pagi hingga 12 malam sahaja.
    2. Pemilik telah mendaftar software ‘B3 Cafe’ (internet cafe billing management software) dan peranti pengimbas MyKad Solution untuk merekod pendaftaran pengguna.
    3. Jika terdapat jualan makanan dan minuman ringan. Perlu kemukakan permohonan lesen tambahan untuk menjual makanan dan minumam ringan.
    4. Mendapatkan kelulusan permit dinding sesekat ‘partition‘ ke Jabatan Bangunan.
    5. Segala perjudian adalah tidak dibenarkan di dalam premis.
    6. Dilarang mengakses dan memuat turun apa-apa gambar lucah atau artikel yang kurang sopan.
    7. Dilarang merokok di dalam premis.
    8. Pengunjung di bawah umur 12 tahun dibenarkan mengunjungi Pusat Siber sehingga jam 10.30 malam sahaja dengan ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
     
    9. Pintu atau dinding hadapan premis hendaklah menggunakan kaca atau apa-apa benda lutsinar lain dan tidak dibenarkan untuk diwarnakan atau ditampal dengan apa-apa bahan yang menghalang penglihatan.
    10. Premis hendaklah berkonsep terbuka dengan sistem pencahayaan yang terang dan pengudaraan yang baik.
    11. Papan tanda bersaiz 2′ x 2′ yang menyatakan larangan-larangan di perenggan (D) dan (E) syarat masa operasi diselaraskan dan dipamerkan di pintu masuk hadapan premis.
    12. Bilangan komputer yang dibenarkan adalah berdasarkan ukuran : tidak kurang 0.8m x 1.5m = 1 unit komputer. Bilangan minima komputer bagi memulakan perniagaan Pusat Siber dan Kafe Siber adalah 40 unit minima komputer.
    13. Menyeragamkan papan tanda Pusat Siber atau Kafe Siber dengan penggunaan nama ‘Pusat Siber Sihat’.
    14. Aktiviti penyediaan atau penjualan makanan dan minuman atau apa-apa aktiviti perniagaan hendaklah di ruangan yang berasingan dari aktiviti Pusat Siber dan Kafe Siber.
    15. Menyediakan ruang rehat yang mencukupi bagi pelanggan.
    16. Memastikan keadaan dalam dan persekitaran premis hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.
    17. Semua tangga, laluan , pelantar dan jalan keluar adalah bebas daripada halangan dan semua pintu keluar hendaklah boleh diakses pada setiap masa semasa waktu beroperasi.
    18. Menyediakan tandas yang sempurna dan mencukupi serta berasingan antara lelaki dan perempuan serta hendaklah keadaan bersih sepanjang masa.
    19. Menyediakan tong sampah dengan bilangan yang mencukupi dan hendaklah tertutup sepanjang masa.
    20. Pemohon disyaratkan meletak alamat pada papan iklan.
    21. Hendaklah memasang papan tanda iklan mengikut garis panduan dan spesifikasi pihak Majlis.
    22. Aktiviti syarikat hendaklah dinyatakan dalam Bahasa Malaysia dan saiz tulisan hendaklah 5% lebih besar daripada nama syarikat dan kedudukan di atas nama syarikat serta perlu mendapatkan pengesahan daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka.
    23. Pemohon tidak dibenarkan untuk mempamer dan menggantung iklan yang tidak dilesenkan.
  2. Apakah syarat-syarat penting yang mesti diikuti oleh pemegang lesen-lesen tersebut?

Lampiran

Tiada Lampiran.