Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

160) LESEN PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah lesen dan jenis pusat penjagaan kesihatan terkini yang dikeluarkan dan nyatakan maklumat syarikat pemegang lesen tersebut mengikut PBT

    Setakat ini, aktiviti pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan dikawal melalui Undang-undang Kecil (UUK) Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 (Pindaan 2013) yang diselaraskan pemakaiannya di setiap Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Dari segi kawalan pengeluaran lesen, PBT sebagai Pihak Berkuasa Melesen yang diberi kuasa secara bertulis berhak dalam membuat sebarang keputusan berkaitan prosedur lesen operasi dan penguatkuasaan.

    Namun demikian, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam proses pengeluaran sesuatu lesen berkaitan dengan pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan. Ini kerana, dalam menentukan tatacara dan peraturan yang perlu digunapakai bagi mengawal dan mengendalikan aktiviti berkaitan pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan PBT memerlukan kerjasama daripada semua Jabatan/ Agensi teknikal. Antara Jabatan/ Agensi teknikal lain yang terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) yang perlu mengemukakan sijil kelayakan dan pemeriksaan kesihatan

    Dari segi kawalan terhadap operasi pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan pula, Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa proaktif dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara berkala dan bersepadu melibatkan jabatan/ agensi mengikut bidang kuasa masing-masing seperti berikut:

    • Polis DiRaja Malaysia (PDRM);
    • Jabatan Imigresen Malaysia;
    • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
    • Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC);
    • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
    • Jabatan Kastam DiRaja Malaysia; dan
    • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Berikut adalah jumlah lesen dan jenis pusat penjagaan kesihatan terkini yang dikeluarkan oleh PBT. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT JENIS PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN JUMLAH LESEN PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN
    MBSA

     

    Urutan tradisional 0
    Urutan orang kurang upaya 1
    Refleksologi 4
    Aromaterapi 4
    Urutan moden yang menggunakan sebarang alat 0
    Fisioterapi 5
    MBPJ Urutan tradisional 0
    Urutan orang kurang upaya 0
    Refleksologi 18
    Aromaterapi 0
    Urutan moden yang menggunakan sebarang alat 0
    Fisioterapi 1
    MPK Urutan tradisional  

    27

    Urutan orang kurang upaya  

    0

    Refleksologi  

    6

    Aromaterapi  

    0

    Urutan moden yang menggunakan sebarang alat  

    0

    Fisioterapi  

    0

    MPAJ Urutan tradisonal 20
    Urutan orang kurang upaya 0
    Refleksologi 0
    Aromaterapi 0
    Urutan moden yang menggunakan sebarang alat 0
    Fisioterapi 0
    MPSJ Urutan tradisional 21
    Urutan orang kurang upaya 4
    Refleksologi 87
      Aromaterapi 18
    Urutan moden yang menggunakan sebarang alat  

    3

    Fisioterapi 8
    MPS Urutan tradisional 17
    Urutan orang kurang upaya 0
    Refleksologi 19
    Aromaterapi 0
    Urutan moden yang menggunakan sebarang alat 0
    Fisioterapi 0
    MPKj Urutan tradisional 1
    Urutan orang kurang upaya 0
    Refleksologi 80
    Aromaterapi 1
    Urutan moden yang menggunakan sebarang alat 0
    Fisioterapi 0
    MPSp Urutan tradisional 1
    Urutan orang kurang upaya 0
    Refleksologi 9
    Aromaterapi 1
    Urutan moden yang menggunakan sebarang alat 0
    Fisioterapi 1
    MDKL Urutan tradisional 8
    Urutan orang kurang upaya 0
    Refleksologi 5
    Aromaterapi 0
    Urutan moden yang menggunakan sebarang alat 0
    Fisioterapi 0
    MDHS

     

    Urutan tradisional 1
    Urutan orang kurang upaya 0
    Refleksologi 5
    Aromaterapi 0
    Urutan moden yang menggunakan sebarang alat 0
    Fisioterapi 2
    MDKS Urutan tradisional 0
    Urutan orang kurang upaya 0
    Refleksologi 9
    Aromaterapi 0
    Urutan moden yang menggunakan sebarang alat 0
    Fisioterapi 0
    MDSB Urutan tradisional 3
    Urutan orang kurang upaya 0
    Refleksologi 11
    Aromaterapi 0
    Urutan moden yang menggunakan sebarang alat 0
    Fisioterapi 0
    JUMLAH 401

       Nota : Sumber maklumat daripada setiap PBT.

  2. Apakah syarat-syarat penting yang mesti diikuti oleh pemegang lesen-lesen tersebut?

    Syarat-syarat penting yang mesti diikuti oleh pemegang lesen-lesen pusat penjagaan kesihatan adalah seperti berikut :

    Pusat Urut & Refleksologi

    1. Premis
    1. Premis yang boleh dilesenkan adalah:-
    2. hotel kelas 1 (bertaraf 3 bintang dan ke atas);
    3. rumah kelab;
    4. kompleks perniagaan/kompleks membeli belah; dan
    5. kedai pejabat/rumah kedai ( tingkat bawah sahaja).

    Premis yang tidak dibenarkan :-

    • Rumah Kediaman;
    • Pangsapuri Perkhidmatan; dan
    • Hotel Bajet.
    • Dinding hadapan premis dan pintu masuk premis pusat penjagaan kesihatan hendaklah terdiri daripada cermin telus cahaya dan permukaan cermin tersebut hendaklah bebas dari sebarang pelekat, poster, ’tinted’ atau apa-apa yang boleh menghalang pandangan.
    • Pemohon tidak dibenarkan membuat apa-apa sekatan (partition) samada berbentuk kekal (konkrit) atau separuh kekal (gypsum board). Premis hendaklah bersifat terbuka termasuk tiada langsir.
    • Pekerja wanita hanya dibenarkan mengurut pelanggan wanita dan pekerja lelaki mengurut pelanggan lelaki
    • Tidak dibenarkan meletakkan katil atau tilam. Bagi urut refleksologi hanya dibenarkan meletakkan kerusi urut yang telah diluluskan oleh PBT.
    • Reka bentuk bilik rawatan hendaklah mengikut konsep terbuka dan mestilah mempunyai cahaya dan pengudaraan yang sempurna dan mencukupi.
    • Pemegang lesen dilarang mempamerkan gambar lucah dalam premis urut atau sekitarnya dan papan tanda hendaklah dipamerkan pada setiap masa di tempat yang mudah dilihat di luar rumah urut.

      Pemegang lesen hendakalah mempamerkan papan tanda yang mudah dilihat untuk dipatuhi oleh pekerja dan pelanggan iaitu:-

    • Dilarang merokok;
    • Dilarang minum arak; dan
    • Dilarang main judi.
    1. Pusat Bukan Urut

      Premis yang boleh dilesenkan adalah:-

      • hotel kelas 1 (bertaraf 3 bintang dan ke atas;,
      • rumah kelab;
      • kompleks perniagaan/kompleks membeli belah; dan
      • kedai pejabat/rumah Kedai.

        Premis yang tidak dibenarkan :-

        1. Rumah Kediaman
        2. Pangsapuri Perkhidmatan
        3. Hotel Bajet
    • Dinding hadapan premis dan pintu masuk premis pusat penjagaan kesihatan hendaklah terdiri daripada cermin telus cahaya dan permukaan cermin tersebut hendaklah bebas dari sebarang pelekat, poster,’tinted’ atau apa-apa yang boleh menghalang pandangan.
    • Pemohon tidak dibenarkan membuat apa-apa sekatan (partition) samada berbentuk kekal (konkrit) atau separuh kekal (gypsum board) . Premis hendaklah bersifat terbuka termasuk tiada langsir. Walau bagaimanapun, partition boleh dipertimbangkan dengan syarat terdapat kelulusan PBT.
    • Reka bentuk bilik rawatan hendaklah mengikut konsep terbuka dan mestilah mempunyai cahaya dan pengudaraan yang sempurna dan mencukupi.
    • Pemegang lesen dilarang mempamerkan gambar lucah dalam premis.
    • Pemegang lesen hendakalah mempamerkan papan tanda yang mudah dilihat untuk dipatuhi oleh pekerja dan pelanggan iaitu:-
    • Dilarang merokok;
    • Dilarang minum arak; dan
    • Dilarang main judi.
    1. Lokasi

    Lokasi premis hendaklah berada sekurang-kurangnya 500 meter daripada kawasan sensitif iaitu rumah kediaman, rumah ibadat, sekolah dan pejabat kerajaan.

    1. Buku Daftar Pekerja

    Satu buku daftar yang mengandungi nama, no. kad pengenalan/paspot, alamat kediaman, gambar dan butiran yang berkaitan dengan pekerja dan tukang urut hendaklah disediakan dan sentiasa dikemaskini.

    1. Pekerja Dan Tukang Urut

     

    1. Pekerja dan tukang urut yang berumur di bawah 18 tahun tidak dibenarkan bekerja di pusat kecantikan dan pusat penjagaan kesihatan.
    2. Pekerja yang memberi rawatan urutan hendaklah lulus pemeriksaan kesihatan oleh seorang pegawai perubatan bagi setiap enam bulan sekali.
    • Pekerja dan tukang urut hendaklah berpakaian seragam yang bersih, sopan dan tidak menjolok mata.
    • Semua pekerja di pusat kecantikan dan pusat penjagaan kesihatan hendaklah memakai tanda nama (name tag).
    • Tidak dibenarkan memasak atau membawa masuk makanan ke dalam pusat kecantikan dan pusat penjagaan kesihatan kecuali di tempat khas yang disediakan.
    • Pelanggan dibawah umur 18 tahun tidak dibenarkan masuk ke pusat kecantikan atau pusat penjagaan kesihatan.
    • vii. Salinan paspot yang sah, sijil pemeriksaan kesihatan, permit kerja bagi bukan warganegara dan bagi warganegara salinan kad pengenalan serta gambar terkini (ukuran pasport) hendaklah disertakan semasa membuat permohonan lesen.
    1. Aspek Keselamatan
    • Pemegang lesen perlu mengambilkira faktor keselamatan dalam menentukan kesesuaian premis dan lokasi tempat aktiviti dijalankan.
    • Semua pengubahsuaian atau tambahan kepada premis perniagaan hendaklah mendapat kebenaran Jabatan Bangunan PBT dan perakuan Jabatan Bomba.
    • Kelengkapan mencegah kebakaran seperti alat pemadam api hendaklah disediakan dengan secukupnya dan dipasang di tempat yang mudah dilihat.
    • Semua laluan, tangga, jalan masuk dan keluar hendaklah bebas daripada sebarang
    • Mengadakan peti ubat rawatan kecemasan yang lengkap dan mencukupi.
    • Seluruh premis hendaklah bersih dan bebas daripada serangga dan rodensia/haiwan.
    1. Deposit/ Wang Cagaran

    Setiap permohonan dikenakan bayaran cagaran sebagai jaminan kepada pemohon supaya pada setiap masa mematuhi peraturan dan syarat-syarat pemberian lesen yang ditetapkan. Deposit/ wang cagaran akan dirampas apabila pemohon melanggar syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan enakmen yang telah ditetapkan. Kadar bayaran Deposit/wang cagaran:-

    • Pusat Penjagaan Kesihatan :    RM2,000.00

      Waktu Operasi

    Premis dibenarkan beroperasi daripada 10.00 pagi sehingga pukul 12.00 malam sahaja.

    1. Pembatalan Lesen
    1. Sesuatu Lesen boleh dibatalkan oleh Pegawai Pelesenan pada bila-bila masa melalui suatu notis bertulis jika pemegang lesen didapati melakukan pelanggaran mana-mana syarat atau sekatan dan/atau pelanggaran peruntukan Undang-Undang atau mana-mana peraturan.

    Apa-apa syarat dalam garis panduan ini boleh dipinda oleh PBT dari masa ke semasa mengikut kesesuaian yang difikirkan wajar.

Lampiran

Tiada Lampiran.