Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

198) LESEN PUSAT HIBURAN KELUARGA (PHK)

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah lesen PHK yang telah diterima dan diluluskan mengikut PBT dari tahun 2019 hingga kini.

    Jumlah lesen Pusat Hiburan Keluarga (PHK) yang telah diluluskan mengikut PBT dari 2018-2020 adalah seperti berikut :

    PBT JUMLAH LESEN PHK YANG DILULUSKAN
    2019 2020 2021
    MBSA 5 1 10
    MBPJ 34 18 23
    MBSJ 22 31 21
    MPK 64 23 20
    MPAJ 19 18 4
    MPS 10 11 10
    MPKj 17 26 2
    MPSp 6 2 48
    MPKL 6 7 15
    MPKS 6 1 19
    MPHS 2 5 14
    MDSB 8 11 3
    JUMLAH 199 154 189

    Nota :  Sumber daripada PBT

  2. Apakah mekanisme yang diambil bagi memastikan pelesen-pelesen PHK ini tidak menyalahgunakan lesen tersebut untuk aktiviti haram seperti judi haram?

    Berikut adalah antara mekanisme yang diambil bagi memastikan pelesen-pelesen PHK ini tidak menyalahgunakan lesen tersebut untuk aktiviti haram seperti judi haram:

     

    • Pemeriksaan bersepadu oleh PBT bersama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
    • Pengenaan cagaran – boleh dilucut hak jika terdapat perlanggaran syarat.
    • Penggantungan atau pembatalan lesen jika terdapat aduan munasabah atau pelanggaran syarat lesen.
  3. Apakah kriteria yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu lesen PHK itu diluluskan?

    Setiap permohonan lesen perniagaan PHK perlu mendapat surat sokongan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebelum dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan untuk kelulusan dan perlu disahkan dalam Mesyuarat Penuh PBT. Antara syarat-syarat khusus permohonan aktiviti PHK adalah:

    • Dibenarkan beroperasi di pusat membeli-belah dan pasaraya sahaja.
    • Waktu operasi 10.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.