Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

56) LESEN PUSAT HIBURAN KELUARGA (PHK)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan untuk membuka PHK pada tahun 2016?

    Jumlah permohonan yang diterima pada tahun 2016 ialah sebanyak 101 dan permohonan yang diluluskan ialah sebanyak 55. Jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan oleh setiap PBT di Negeri Selangor adalah seperti di Jadual 1:

    Jadual 1: Jumlah Permohonan PHK Tahun 2016 Bagi PBT Di Negeri Selangor

     

    PBT JUMLAH PERMOHONAN PHK TAHUN 2016
    DITERIMA DILULUSKAN
    MBSA 5 4
    MBPJ 15 8
    MPK 21 1
    MPAJ 18 13
    MPSJ 9 5
    MPS 3 2
    MPKJ 3 3
    MPSP 0 0
    MDKL 3 3
    MDKS 7 3
    MDHS 7 7
    MDSB 10 6
    JUMLAH 101 55

                     Nota : Sumber dari PBT

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi mengekang pertambahan PHK di Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui PBT telah mensyaratkan agar permohonan yang diterima perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan iaitu Garis Panduan Pemberian Lesen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Di Kawasan Pentadbiran Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Di Negeri Selangor – Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT KT Bil. 3/2001 dan Garis Panduan Pusat Hiburan Keluarga (PHK): Pindaan – Pekeliling Jabatan Kerajaan Tempatan JKT : JM/D/Bil. 3/2005 sebagai langkah untuk mengekang pertambahan PHK.

    Berdasarkan garis panduan tersebut, lokasi PHK yang dibenarkan adalah di kompleks perdagangan (membeli belah) dan Taman Tema (Theme Park). Walau bagaimanapun, pemakaian syarat ini bergantung kepada kesesuaian PBT seperti mana yang diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Majlis masing-masing selagi permohonan mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.