Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
159) LESEN PUSAT HIBURAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah lesen dan jenis pusat hiburan terkini yang dikeluarkan dan nyatakan maklumat syarikat pemegang lesen tersebut mengikut PBT
Setakat ini, aktiviti pusat hiburan dikawal melalui Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 (Pindaan 2001) yang diselaraskan pemakaiannya di setiap Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Dari segi kawalan pengeluaran lesen, PBT sebagai Pihak Berkuasa Melesen yang diberi kuasa secara bertulis berhak dalam membuat sebarang keputusan berkaitan prosedur lesen operasi dan penguatkuasaan.
Namun demikian, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam proses pengeluaran sesuatu lesen berkaitan dengan pusat hiburan. Ini kerana, dalam menentukan tatacara dan peraturan yang perlu digunapakai bagi mengawal dan mengendalikan aktiviti berkaitan pusat hiburan PBT memerlukan kerjasama daripada semua Jabatan/ Agensi teknikal. Antara Jabatan/ Agensi teknikal lain yang terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) dan Pejabat Tanah dan Daerah (permit sekiranya menjual liquor).
Dari segi kawalan terhadap operasi pusat hiburan pula, Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa proaktif dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara berkala dan bersepadu melibatkan jabatan/ agensi mengikut bidang kuasa masing-masing seperti berikut:
- Polis DiRaja Malaysia (PDRM);
- Jabatan Imigresen Malaysia;
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
- Jabatan Kastam DiRaja Malaysia;
- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); dan
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Untuk makluman, jumlah lesen dan jenis pusat hiburan terkini yang dikeluarkan oleh PBT adalah seperti berikut :
PBT JENIS PUSAT HIBURAN JUMLAH LESEN PUSAT HIBURAN MBSA Pusat hiburan awam 56 Pusat hiburan istirehat Pusat hiburan keluarga MBPJ Pusat hiburan awam 190 Pusat hiburan istirehat Pusat hiburan keluarga MPK Pusat hiburan awam 6 Pusat hiburan istirehat 43 Pusat hiburan keluarga 40 MPAJ Pusat hiburan awam 19 Pusat hiburan istirehat 6 Pusat hiburan keluarga 11 MPSJ Pusat hiburan awam 122
Pusat hiburan istirehat 5
Pusat hiburan keluarga 22
MPKJ Pusat hiburan awam 41 Pusat hiburan istirehat Pusat hiburan keluarga MPS Pusat hiburan awam 2 Pusat hiburan istirehat 52 Pusat hiburan keluarga 15 MPSP Pusat hiburan awam 13 Pusat hiburan istirehat 7 Pusat hiburan keluarga 7 MDKL Pusat hiburan awam 0 Pusat hiburan istirehat 0 Pusat hiburan keluarga 2 MDHS Pusat hiburan awam 18 Pusat hiburan istirehat 5 Pusat hiburan keluarga 3 MDSB Pusat hiburan awam 16 Pusat hiburan istirehat 0 Pusat hiburan keluarga 1 JUMLAH 702 Nota : Sumber maklumat dari pada PBT
-
Apakah syarat-syarat penting yang mesti diikuti oleh pemegang lesen-lesen tersebut?
Syarat-syarat penting yang mesti diikuti oleh pemegang lesen-lesen hiburan adalah seperti berikut :
- Hiburan hanya boleh dijalankan dalam tempoh masa dan tempat yang ditetapkan seperti di dalam lesen / permit.
- Menjelaskan bayaran cukai hiburan di Pejabat Pemungut Cukai Hiburan, Tingkat 8, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah. Lesen/ Permit hanya akan dikeluarkan setelah pihak tuan mengemukakan resit bayaran cukai daripada Pejabat Timbalan Pemungut Cukai Hiburan kepada PBT.
- Bagi permohonan pertunjukan pentas, pemohon hendaklah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan di mana setiap artis hendaklah berpakaian tidak menjolok mata, tidak mendedahkan sebahagian anggota tubuh, gerak-geri hendaklah tidak mengghairahkan dan mematuhi cara berpakaian mengikut undang-undang atau selaras dengan peraturan yang dibuat oleh pihak yang berkenaan.
- Dilarang sama sekali mempamerkan tindak-tanduk yang kasar dan rakus yang bertentangan dengan nilai-nilai murni seperti perlakuan melonjak–lonjak, menjerit dan membaling batu.
- Dilarang sama sekali mempamerkan perlakuan yang ada unsur-unsur seks dan aksi-aksi atau tuturkata yang mengghairahkan termasuk gerak-tari, berkucup-kucupan dan mencium penonton atau melakukan perbuatan yang seumpamanya sesama sendiri.
- Sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar dan perlu mengadakan tong sampah serta kemudahan sampah yang mencukupi.
- Pemegang lesen hendaklah memastikan hiburan yang diadakan tidak menyebabkan kesesakan atau bahaya pada lalulintas.
- Tidak dibenarkan menjual, menghidang dan minum minuman keras semasa aktiviti hiburan dijalankan.
- Tidak dibenarkan membawa dan menjalankan apa-apa aktiviti yang melibatkan penyalahgunaan dadah.
- Pihak tuan adalah bertanggungjawab terhadap semua kemalangan yang berlaku di tapak hiburan/ pesta.
- Pemegang lesen hendaklah memastikan hiburan yang diadakan tidak menyebabkan kacauganggu kepada ketenteraman awam. Lokasi tapak hendaklah tidak kurang 200 meter dari kawasan Perumahan, Institut Pendidikan, Masjid, Pejabat Kerajaan dan Pusat Perubatan.
- Permohonan tertakluk kepada Enakmen Hiburan 1995 dan Undang – Undang Kecil PBT yang berkaitan.
- Tidak dibenarkan menjalankan aktiviti yang berunsurkan judi.
- Pegawai Pelesenan berhak membatalkan kelulusan lesen/permit pada bila-bila masa jika sekiranya mendapati terdapat mana-mana pelanggaran syarat di atas.
- Perlu mendapatkan permit polis bagi pertunjukan bunga api.
- Syarat-syarat lain adalah merujuk kepada :
- Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995;
- Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 (Pindaan 1998);
iii. Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 (Pindaan 2001);
- Peraturan-Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996;
- Undang-Undang Kecil Iklan (PBT) 2007; dan
- Dasar dan Garis Panduan Pemberian Lesen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Di Kawasan Pentadbiran Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Di Negeri Selangor – Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT KT Bil. 3/2001.