Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
139) LESEN PREMIS URUT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan premis urut yang terdapat di Kota Damansara dan berapakah yang mempunyai lesen?
Terdapat 7 buah premis urut di Kota Damansara. 7 buah premis urut adalah seperti berikut :
- Chia Jey Corporation (M) Sdn. Bhd
- D Touch Health & Beauty
- DTouch Health & Beauty ( cawangan )
- DTouch Health & Beauty ( cawangan )
- Horizon Reflexology & Aromatheraphy
- Horizon Reflexology & Aromatheraphy( cawangan )
- Galaxy Aroma Reflexology
-
Berapakah jumlah tindakan penguatkuasaan dilaksanakan oleh agensi berkaitan?
Jenis Aktiviti Bilangan Operasi Tindakan Jumlah Kompaun JumlahSitaan Rumah Urut 74 14 11 -
Nyatakan tindakan yang diambil terhadap premis urut yang tidak mempunyai lesen dan melanggar undang-undang?
Perkara ini dilaksanakan dengan beberapa kaedah seperti berikut :
- Operasi bersepadu bersama Jabatan-jabatan dalaman MBPJ serta agensi-agensi sokongan yang lain seperti PDRM, AADK, JAIS, Jabatan Imigresen dan lain-lain agensi yang
- Menjalankan tindakan penguatkuasaan seperti kompaun, sitaan dan tindakan pendakwaan di bawah Akta, Enakmen, Peraturan serta Undang-undang Kecil
- Menjalankan pemeriksaan rutin ke atas premis berlesen bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran syarat.