Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

164) LESEN PREMIS PENIAGA MELAYU MPK

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebelakangan ini, ramai peniaga (majoritinya kaum Melayu) yang menyewa premis MPK telah disita premis perniagaan mereka dengan alasan tidak menjelaskan bayaran sewa premis / mempunyai tunggakan. Dimaklumkan juga, bahawa pihak penguat kuasa MPK tidak mengadakan sebarang proses budi bicara sebelum tindakan diambil. Apakah prosedur yang sepatutnya diambil oleh pihak yang berkenaan sebelum mengambil tindakan berkenaan?

    Penyewa perlu membayar sewa bulanan pada setiap 7hb setiap bulan .

    1. Sekiranya penyewa tersebut mempunyai tunggakan melebihi cagaran @ 3 bulan sewaan boleh diberi notis 14 hari mengikut klausa 13 Perjanjian penyewaan Premis Majlis yang dinyatakan di bawah:

     

    KLAUSA 13 PERJANJIAN SEWAAN

     

    Penamatan Perjanjian

     

    1. Penyewaan adalah dianggap terbatal di mana berlakunya mana-mana atau kesemua perkara berikut :-

     

    1. Gagal mematuhi mana-mana syarat dan terma di dalam Perjanjian
    2. Penyewa diisytiharkan kebankrapan atau membuat apa-apa komposisi atau perkiraan dengan pemiutang atau sebagai satu syarat membuat penyelesaian secara paksa atau sukarela maka Majlis  boleh  menamatkan Perjanjian.
    • Penyewa didapati bersalah di bawah mana-mana Undang-Undang Jenayah.
    1. Gagal atau enggan membayar sewa bulanan yang telah
  2. Apakah peranan / bidang kuasa Ahli Majlis yang bertanggungjawab untuk membantu menyelesaikan kes-kes begini sebelum tindakan menyita premis dikenakan kepada para peniaga tersebut?

    1. Jika pada bila-bila masa sewa yang dikenakan atau sebahagian daripadanya menjadi tertunggak dan tidak dibayar dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari

     

     

     

    daripada tarikh sewa itu sepatutnya dibayar (samada dituntut secara rasmi atau tidak) atau sekiranya Penyewa gagal mematuhi atau melaksanakan mana-mana syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini maka Majlis berhak menamatkan Perjanjian ini melalui Notis Penamatan EMPAT BELAS (14) hari tanpa sebarang prasangka dan tanpa menyentuh hak Majlis untuk mengambil tindakan mengenai apa-apa pelanggaran syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini oleh Penyewa, yang mana akibat daripada tindakan ini segala tanggungan terhadap sebarang kos, pembicaraan, tuntutan, permintaan dan perbelanjaan yang akan dan atau mungkin timbul akan ditanggung oleh Penyewa.

  3. Adakah kajian dilakukan oleh pihak MPK sama ada kawasan yang ditawarkan sebagai premis perniagaan berpotensi menjana ekonomi setempat / hanya sebagai tempat Ôhidup segan mati tak mahuÕ?

    1. Sekiranya perjanjian ini ditamatkan disebabkan kegagalan Penyewa menjelaskan tunggakan sewa dan atau disebabkan perlanggaran syarat-syarat Perjanjian ini, Majlis adalah berhak untuk memasuki premis tersebut dan seterusnya mengunci atau mensita apa-apa harta mudah alih yang ditemui di dalam premis tersebut dan kemudian melupuskannya dengan cara lelongan atau apa-apa cara yang Majlis fikirkan patut dan munasabah untuk menjelaskan segala tunggakan sewa dan sekiranya hasil pelupusan harta tidak mencukupi, Majlis berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap

     

    1. Selepas diberi Notis Akan Batal , Pembatalan akan dijalankan sekiranya tidak ada sebarang pembayaran / rayuan dan pihak penyewa dimaklumkan tarikh tindakan pengosongan/penyitaan.

     

    • Sekiranya pemohon masih berminat untuk menjalankan perniagaan maka penyewa tersebut hendaklah memohon dengan segera (sebelum iklan di keluarkan) serta menjelaskan bayaran tunggakan berserta kos pembatalan. Sekiranya melebihi 3 kali kesalahan dibatalkan penyewaan, penyewa tersebut dikehendaki mengisi semula borang permohonan dan perlu menghadiri temuduga semula di mana  keputusan akan dibuat oleh panel temuduga yang terdiri daripada Ahli

     

    1. Ahli Majlis boleh memberi info/maklumat, pandangan atau sebagainya. Walaubagaimanapun tertakluk kepada kuasa Majlis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

     

    1. Secara umumnya Majlis mendapatkan pandangan awam, pengamatan kaji selidik, pertanyaan mulut dan sebagainya untuk menentukan tapak premis tersebut berjaya dan berpotensi.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.