Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
28) LESEN PERNIAGAAN TERHADAP KLIA, LCCT, KLIA2 DAN PEMILIK- PEMILIK KONSESI TOL LEBUH RAYA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan akan mengenakan cukai pintu dan lesen perniagaan terhadap premis perniagaan dan tred yang dijalankan di KLIA, LCCT, KLIA2 dan pemilik-pemilik konsesi tol lebuh raya?
Pihak MPSepang telah melesenkan premis-premis bagi aktiviti perniagaan dan tred bermula pada tahun 1998. Walau bagaimanapun, pihak MPSepang tidak mengeluarkan sebarang lesen bagi konsesi tol lebuh
Pihak Majlis telah mengenakan cukai taksiran ke atas semua bangunan – bangunan di dalam kawasan 10km x 10km KLIA Sepang iaitu sebanyak 28 unit.
Bagi bangunan – bangunan milik Kerajaan Persekutuan juga turut dikenakan caruman membantu kadar (CMK). Jumlah CMK yang di sumbang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM511,896.67 untuk 7 unit bangunan.
Manakala, 4 unit bangunan – bangunan milik pemegang konsesi lebuh raya juga telah dikenakan cukai bagi taksiran. Jumlah keseluruhan kenaan cukai bagi KLIA dan pemegang konsesi lebuh raya adalah sebanyak RM11,278,823.01 setahun.
-
Jika ya, mengapakah ini tidak dilakukan pada masa dahulu dan hanya dilakukan pada masa sekarang?
Cukai pintu dan lesen perniagaan telah dikuatkuasakan oleh MPSepang di KLIA, LCCT, KLIA2 sejak bangunan – bangunan ini siap dibina dan mendapat CFO mengikut peraturan/ undang – undang sedia ada. Cukai taksiran dan lesen perniagaan telah mula dikenakan di KLIA sejak 1998 dan seterusnya berperingkat – peringkat mengikut tarikh bangunan – bangunan ini siap dan operasi perniagaan
CUKAI TAKSIRAN DI KLIA lampiran A
BIL PEMILIK NILAI TAHUNAN(RM) JUMLAH CUKAI (RM) 1 MALAYSIA AIRPORT BERHAD 2,385,840.00 125,256.60 8,132,280.00 426,944.70 1,611,560.00 84,606.90 380,400.00 19,971.00 7,877,080.00 413,546.70 1,676,920.00 88,038.30 793,360.00 41,651.40 647,000.00 33,967.50 172,800.00 9,072.00 9,175,000.00 481,687.50 1,397,460.00 117,386.64 29,302,260.00 1,538,368.65 2,279,000.00 119,647.50 JUMLAH 65,830,960.00 3,500,145.39 2 CHATERFIELD CORP. SDN. BHD
5,590,720.00
469,620.48
3 MAS 2,385,840.00 125,256.60 41,847,040.00 2,196,969.60 12,317,000.00 646,642.50 4 KL AVIATION FUELLING 159,280.00 8,362.20 SDN BHD 2,009,440.00 105,495.60 GAS DISTRICT COOLING (M) 1,659,520.00 87,124.80 SDN BHD 5 KL AIRPORT SERVICES SDN. BHD. 6,707,600.00 352,149.00 6 PETRONAS DAGANGAN BHD 341,520.00 17,929.80 356,680.00 18,725.70 247,440.00 12,990.60 7 TELEKOM 340,480.00 17,875.20 8 POS MALAYSIA 9,175,000.00 481,687.50 9 AIR ASIA 1,869,000.00 98,122.50 356,500.00 18,716.25 10 SIC 21,512,000.00 1,129,380.00 11 TUNE HOTEL KLIA 1,998,000.00 167,832.00 12 SHELL TRADING 182,560.00 15,335.04 13 SEPANG AIRCRAFT 4,897,000.00 257,092.50 JUMLAH 179,783,580.00 9,727,453.26 -
Dijangka berapa banyak yang dapat dikutip oleh setiap PBT jikalau ini dilaksanakan? Sila beri angka mengikut PBT
Pihak Majlis telah mengenakan cukai taksiran kepada pemegang konsesi lapangan terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Cost
Carrier Terminal (LCCT) iaitu Malaysia Airport Berhad bermula tahun 2001. Senarai pegangan bercukai adalah seperti di Lampiran A.
Pihak Majlis juga telah mengenakan cukai taksiran terhadap konsesi Tol seperti SKVE HOLDINGS untuk lebuh raya SKVE,MAJU EXPRESSWAY untuk Lebuh raya MEX, PROJEK LEBUHRAYA USAHASAMA BERHAD
untuk lebuh raya ELITE dan Lebuh raya Utara Selatan. Senarai pegangan bercukai adalah seperti di Lampiran B.
Bagi KLIA2 yang dijangkakan beroperasi pada bulan Mei 2014 pihak Majlis mengunjurkan pendapatan hasil cukai sebanyak RM 2 juta setahun
CUKAI TAKSIRAN OPERATOR LEBUHRAYA lampiran b
BIL PEMILIK NILAI TAHUNAN(RM) JUMLAH CUKAI (RM) 1 SKVE HOLDINGS SDN BHD 138,000.00 11,592.00 2 MAJU EXPRESSWAY SDN BHD 523,200.00 43,948.80 3 PLUS 280,000.00 23,520.00 50,700.00 4,258.80 76,000.00 6,384.00 28,500.00 2,394.00 299,400.00 25,149.60 JUMLAH 1,395,800.00 117,247.20