Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
217) LESEN PERNIAGAAN SYARIKAT KONSESI LEBUHRAYA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapa PBT yang telah mewajibkan syarikat konsesi lebuh raya untuk memohon lesen perniagaan dan lesen iklan?
Hanya terdapat satu (1) PBT iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang telah mewajibkan agar semua syarikat konsesi lebuh raya di bawah pentadbiran majlis untuk memohon lesen perniagaan dan lesen iklan.
-
Sila nyatakan berapa syarikat konsesi lebuh raya yang telah membuat bayaran lesen perniagaan dan lesen iklan.
Sehingga kini masih TIADA syarikat konsesi yang telah membuat bayaran lesen perniagaan dan lesen iklan. Bagaimanapun Keputusan Mesyuarat Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 2/2013 pada 27 Februari 2013 telah meluluskan Penetapan Kadar Bayaran Lesen Perniagaan dan Iklan bagi Pejabat Urusan / Operasi Plaza Tol Lebuhraya di dalam kawasan pentadbiran MPSJ.
-
Apakah tindakan yang akan diambil untuk syarikat konsesi lebuh raya yang masih belum mengemukakan permohonan lesen perniagaan dan lesen iklan?
Sekiranya syarikat konsesi lebuh raya masih belum mengemukakan sebarang permohonan lesen perniagaan dan lesen iklan, pihak majlis boleh memulakan proses tindakan mahkamah di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007 dan Undang-undang Kecil Iklan (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007.