Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

119) LESEN PERNIAGAAN MAKANAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jenis-jenis lesen perniagaan makanan yang serta syarat-syaratnya seragam mengikut setiap PBT? Sila nyatakan jenis beserta syarat tersebut mengikut setiap PBT.

    Jenis-jenis dan syarat-syarat lesen peniagaan makanan adalah di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan (PBT) 2007 serta menggunapakai Garis Panduan Lesen Kedai Makan/ Pengendalian Makanan yang diseragamkan. Jenis-jenis Lesen di bawah UUK Penyeliaan Makanan adalah :

    • Lesen Restoran/ Kafeteria
    • Lesen Kantin Kilang
    • Lesen Kantin Sekolah
    • Lesen Kantin Pejabat

    Syarat seragam mengikut setiap PBT adalah seperti di Lampiran A.

  2. Apakah denda-denda yang dikenakan juga seragam mengikut PBT jika peniaga gagal mematuhi syarat-syarat yang ditentukan? Sila nyatakan mengikut setiap PBT.

    Berikut adalah denda-denda yang dikenakan mengikut PBT jika peniaga gagal mematuhi syarat-syarat lesen perniagaan makanan yang ditetapkan :

    PBT DENDA YANG DIKENAKAN JIKA PENIAGA GAGAL MEMATUHI SYARAT-SYARAT
    MBSA Kegagalan mematuhi Syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pelesenan, Notis Tunjuk Sebab Pembatalan Lesen dalam tempoh 14 hari akan dikeluarkan kepada pemegang Lesen. Manakala bagi kompaun dan sitaan akan dikeluarkan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kesihatan dan Persekitaranmengikut jenis kesalahan yang dilakukan.
    MBPJ Boleh menggantung atau membatalkan suatu lesen yang dikeluarkan sekiranya berlaku kegagalan mematuhi syarat atau pelanggaran apa-apa syarat atau sekatan lesen.

    Bagi permohonan baru yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan di bawah establisymen makanan, permohonan akan ditolak. Manakala bagi pemegang lesen yang melanggar syarat-syarat lesen ini akan diambil tindakan kompaun dan penutupan premis makanan.

    MPK Denda yang dikenakan merujuk kepada Undang-undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MPK) 2007. Premis yang tidak mematuhi syarat pelesenan boleh ditutup atau dikenakan kompaun tidak melebihi RM1,000.00.
    MPAJ Berdasarkan peruntukan Undang-undang dibawah UUK Establisymen Makanan MPAJ 2007, tindakan penguatkuasaan yang boleh dikenakan adalah seperti berikut;

    1.    Kompaun; Maksimum RM1,000.00

    2.    Notis Pematuhan Syarat

    3.    Notis Pembatalan Lesen

    4.    Pendakwaan di Mahkamah Penalti maksimum RM2,000.00

    5.    Tindakan sitaan

    MPSJ Denda yang dikenakan adalah merujuk kepada Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007 dan Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007
    MPS Denda-denda yang dikenakan adalah mengikut kesalahan undang-undang yang diguna pakai oleh PBT seperti berikut :

    i.       Akta Kerajaan Tempatan 1976;

    ii.       Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MPS) 2007;

    iii.       Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MPS) 2007;

    iv.       Akta Jalan Parit Bangunan 1974; dan

    v.       Akta Penyakit Berjangkit 1984.

    MPKj Mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (Majlis   Perbandaran Kajang) 2007 menyatakan :

    Penalti: 66. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Undang-undang kecil ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan yang berterusan dilakukan setelah sabitan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi dua ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu        berterusan.

    MPSp Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (Majlis Perbandaran Sepang) 2007
    MDKL Denda-denda yang boleh dikenakan adalah seragam bagi semua PBT iaitu berdasarkan peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Kecil Pelesenan Establisymen Makan (MDKL) 2007 serta Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MDKL) 2007
    MDHS Denda-denda yang boleh dikenakan adalah seragam bagi semua PBT iaitu berdasarkan peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Kecil Pelesenan Establisymen Makan (MDHS) 2007 serta Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MDHS) 2007
    MDKS Denda-denda yang dikenakan jika peniaga gagal mematuhi syarat-syarat yang ditentukan:

    i.          Tindakan kompaun tidak melebihi RM1,000.00;

    ii.         Tindakan penyitaan;

    iii.        Penalti: denda tidak melebihi dua ribu ringgit

    iv.        Penggantungan lesen / permit perniagaan; dan

    v.         Tindakan pembatalan lesen.

    MDSB Denda-denda yang boleh dikenakan adalah seragam bagi semua PBT iaitu berdasarkan peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Kecil Pelesenan Establisymen Makan (MDSB) 2007 serta Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MDSB) 2007. Namun,  bagi kadar kompaun yang dikenakan ke atas kesalahan di bawah UUK yang tersebut adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurangan Kompaun MDSB yang mula dilaksanakan mulai Ogos 2016.

    Nota : Sumber dari PBT

Lampiran

Tiada Lampiran.