Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

347) LESEN PERNIAGAAN LUAR BANDAR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah permohonan lesen perniagaan yang diluluskan dan ditolak oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

    Senarai jumlah permohonan lesen perniagaan yang diluluskan dan ditolak oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor dalam tempoh 12 bulan yang lalu adalah seperti berikut:

     

    Tahun

    Jumlah permohonan diluluskan

    Jumlah permohonan ditolak

    2023

    4

    0

    2024

    34

    8

    Jumlah keseluruhan

    38

    8

  2. Senaraikan kriteria spesifik yang menyebabkan permohonan lesen perniagaan sering ditolak, dan berapa ramai pemohon yang terjejas akibat kekangan tersebut dalam tempoh 12 bulan yang lalu?

    Kriteria spesifik yang menyebabkan permohonan lesen perniagaan sering ditolak adalah seperti berikut:

     

    • Tiada kelulusan Permit Khas Pejabat Daerah/Tanah Daerah Kuala Selangor
    • Tiada kelulusan Permit Sementara Bangunan atau Pelan Bangunan
    • Tidak mematuhi Syarat Nyata Tanah Seksyen 123 Kanun Tanah Negara 1965. Pemohon perlu menukar kategori dan syarat nyata tanah.
  3. Adakah Kerajaan Negeri merancang penambahbaikan dari segi polisi untuk mengurangkan halangan birokrasi dalam mendapatkan lesen perniagaan terutama sekali bagi peniaga luar bandar?

    Jabatan Pelesenan Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah menambahbaik garis panduan bagi membenarkan perniagaan dijalankan di atas tanah pertanian selari dengan Pekeliling Pengarah Tanah Galian Selangor Bil. 4/2020.

    Peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan diberikan kelonggaran dengan tidak perlu mengemukakan kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan atau permit bangunan sementara.

    Mereka boleh diberikan kebenaran berniaga dengan hanya membayar fi lesen dan fi pengurusan sampah secara nominal.

    Bagi perniagaan yang berskala besar dan berbentuk komersial, mereka diberikan moratorium selama setahun bagi memenuhi syarat-syarat dan keperluan-keperluan teknikal seperti yang dinyatakan tadi.

Lampiran

Tiada Lampiran.