Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
322) LESEN PERNIAGAAN KEPADA WARGA ASING
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya MPKS bagi membendung kegiatan memberikan lesen perniagaan rakyat tempatan kepada warga asing?
Tindakan yang dijalankan oleh pihak MPKS bagi membendung kegiatan membenarkan lesen perniagaan kepada warga asing terbahagi kepada tiga peringkat.
- Setiap peniaga terutamanya penjaja, pengusaha restoran dan kedai runcit yang diberikan lesen diberikan peringatan dalam surat kelulusan supaya mematuhi syarat lesen.
Antara syarat-syarat utama yang dikenakan kepada penjaja ialah larangan menggajikan warga asing untuk membantu perniagaan mereka secara mutlak.
Manakala perniagaan selain daripada penjaja, mereka hanya boleh mengambil warga asing yang mempunyai permit bekerja yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Imigresen. Tidak ada warga asing yang boleh ditugaskan sebagai juruwang di kaunter bayaran pada sebarang masa.
2. Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasa akan adakan pemeriksaan, pemantauan dan operasi ke atas pemegang-pemegang lesen ini. Sekiranya berlaku pelanggaran syarat-syarat tersebut, lesen perniagaan mereka akan dirampas serta-merta dan notis pembatalan lesen perniagaan akan dikeluarkan
3. Seterusnya tindakan penguatkuasaan diambil pada mana-mana peniaga yang masih engkar. Mereka dikenakan kompaun dan sitaan premis yang berkaitan.
- Setiap peniaga terutamanya penjaja, pengusaha restoran dan kedai runcit yang diberikan lesen diberikan peringatan dalam surat kelulusan supaya mematuhi syarat lesen.
-
Berapakah jumlah perniagaan warga asing yang telah diambil tindakan mengikut DUN di Kuala Selangor pada tahun 2023?
Berikut adalah jumlah tindakan yang telah diambil terhadap perniagaan warga asing mengikut DUN di Kuala Selangor pada tahun 2023 :