Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

154) LESEN PERNIAGAAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pemilik lesen perniagaan di Selangor mengikut PBT.

    Jumlah pemilik lesen perniagaan di Selangor mengikut PBT adalah sebanyak 299,622. Perincian mengikut PBT adalah seperti di Jadual 1.

    Jadual 1 : Jumlah pemilik lesen perniagaan di Selangor mengikut PBT

    BIL. PBT JUMLAH LESEN PERNIAGAAN
    1.

     

    MBSA 11,673

     

    2. MBPJ 23,683
    3.

     

    MPK 29,569
    4.

     

    MPAJ 10,457
    5.

     

    MPSJ 87,549
    6.

     

    MPS 25,386
    7.

     

    MPKJ 30,019
    8.

     

    MPSP 17,796
    9.

     

    MDKL 19,021
    10. MDHS 5,241
    BIL. PBT JUMLAH LESEN PERNIAGAAN
    11.

     

    MDKS 33,759
    12.

     

    MDSB 5,469
    JUMLAH 299,622

    Nota : Sumber data daripada PBT

  2. Nyatakan jumlah dan tahun kenaikan lesen perniagaan dari 2008 hingga kini mengikut PBT

    Kerajaan Negeri pada tahun 2014 telah melaksanakan semakan semula kadar fi lesen perniagaan yang telah digunakan semenjak tahun 1987. Berdasarkan semakan tersebut, Kerajaan Negeri telah menetapkan supaya setiap satu (1) lesen utama dikenakan dan dua (2) atau tiga (3) fi aktiviti sokongan seperti memproses, memborong, menyimpan atau menjual.

    Seterusnya pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah menyemak semula kadar kenaikan yang telah dilaksanakan pada tahun 2014 dengan memfokuskan kepada 34 jenis perniagaan sahaja berikutan terdapat banyak rungutan berkenaan kenaikan kadar fi lesen ini sebanyak 16% hingga 120% setelah semakan semula pada tahun 2014.

    Sehubungan dengan itu, pada tahun 2016, penstrukturan semula lesen telah dibuat dengan pambaikan telah dilakukan dengan kaedah kenaaan kadar fi lesen kepada satu (1) aktiviti utama dan satu (1) aktiviti sokongan sahaja berbanding satu (1) aktiviti utama dan dua (2) atau tiga (3) aktiviti sokongan yang dikenakan pada tahun 2014. Penstrukturan semula ini telah mengurangkan kenaan fi lesen berganda kepada 87 kategori perindustrian dan 28 kategori perniagaan sedia ada.

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikan kadar lesen pada masa hadapan?

    Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menaikan kadar lesen buat masa ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.