Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

187) LESEN PERNIAGAAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah lesen perniagaan yang telah dikeluarkan pada tahun 2014- 2016.

    Jumlah lesen perniagaan yang telah dikeluarkan pada tahun 2014 adalah sebanyak 106,237 bagi tahun 2015 adalah sebanyak 114,683 dan bagi tahun 2016 adalah sebanyak 114,438. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT JUMLAH LESEN PERNIAGAAN JUMLAH
    2014 2015 2016
    MBSA 1,402 1,631 1,831 4,864
    MBPJ 36,567 41,793 37,100 115,460
    MPK 19,698 17,527 18,217 55,442
    MPSJ 21,062 21,537 22,306 64,905
    MPAJ 8,520 9,029 9,648 27,197
    MPS 1,260 1,286 1,398 3,944
    MPKJ 2,111 2235 2207 6,553
    MPSP 9,040 12,844 14,012 35,896
    MDKL 795 429 686 1,910
    MDHS 3,308 3,475 3,657 10,440
    MDKS 83 91 174
    MDSB 2,474 2,814 3,285 3,285
    JUMLAH 106,237 114,683 114,438 330,070

    Nota : Sumber dari PBT

  2. Berapakah jumlah lesen perniagaan yang dibatalkan pada tahun 2016 serta sebabnya?

    Jumlah lesen perniagaan yang dibatalkan pada tahun 2016 adalah seperti berikut :

    PBT JUMLAH LESEN YANG DIBATALKAN TAHUN 2016 SEBAB PEMBATALAN
    MBSA 476 1.    Tidak Memperbaharui Lesen

    2.    Telah Tutup Akaun/ Premis Sudah Tidak Beroperasi

    3.    Ditolak/Dibatalkan Bagi Permohonan Yang Tidak Mematuhi Syarat-syarat Teknikal (Perancangan, Bangunan dan Kesihatan) dan Juga Yang Mempunyai Tunggakan Dengan Pihak Majlis (Cukai Taksiran & Kompaun)

    MBPJ 330 1.    Tutup perniagaan.

    2.    Berpindah lokasi.

    MPK 200 Tidak mematuhi syarat lesen dan pembatalan atas permintaan sendiri/tamat perniagaan.
    MPSJ 196 Tidak mematuhi garis panduan serta melanggar syarat pematuhan lesen perniagaan dan iklan MPSJ
    MPAJ      118 1.    Tidak beroperasi

    2.    Pindah premis perniagaan

    MPS 2,331 1.    Pembersihan Data

    2.    Tutup perniagaan

     

    MPKJ       362 ·         Tempat perniagaan berpindah

    ·         Dan lain-lain

    MPSP 92 1.    Tamat operasi

    2.    Pertukaran hak milik

    3.    Masalah kesihatan

    MDKL 15 1.    Tidak lagi menjalankan perniagaan.

    2.    Pindahmilik lesen perniagaan berserta pertukaran nama syarikat baru.

    3.    Melanggar syarat-syarat lesen

    MDHS 158 Akaun tidak aktif melebihi dua tahun.
    MDKS 91 1. Tutup Perniagaan/Syarikat

    2. Berpindah Premis/Alamat

    3. Kurang Dapat Sambutan/Tidak Bagus

    4. Bertukar Pemilik/Aktiviti/Bisnes Dijual

    5.Tidak Minat Berniaga

    6. Penamatan Sewaan Premis

    7. Menjaga Anak/Masalah Kesihatan

    8. Berpindah Ke Luar Negara

    MDSB 187 Tidak berniaga / Lesen tidak diperbaharui.
    JUMLAH 4,556  

    Nota : Sumber dari PBT

     

Lampiran

Tiada Lampiran.