Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
323) LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan Lesen Pendudukan Sementara yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
Bilangan Lesen Pendudukan Sementara yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2020 hingga 2022 adalah sebanyak 1829.
-
Sila perincikan Lesen Pendudukan Sementara tersebut mengikut pecahan kategori bagi setiap daerah.
Jadual berikut adalah perincian Lesen Pendudukan Sementara yang telah dikeluarkan mengikut pecahan kategori bagi setiap daerah.
- Seperti di lampiran A
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menyerahkan tanah Lesen Pendudukan Sementara yang diduduki setelah sekian lama oleh rakyat Selangor khususnya di Kampung Baru, Kuala Selangor di bawah DUN Permatang ?
Lesen Pendudukan Sementara adalah suatu bentuk permit kebenaran yang dikeluarkan setelah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan ianya bersifat sementara seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 65 Kanun Tanah Negara. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menyelesaikan penerokaan tanah di Negeri Selangor termasuklah kepada peneroka yang pernah memiliki Lesen Pendudukan Sementara. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada status tanah yang boleh dipertimbangkan untuk dilupuskan secara pemberimilikan tanah dibawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara.
Untuk makluman Yang Berhormat, Pelupusan secara pemberimilikan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) ke atas plot tanah kerajaan di Kampung Baru Pekan Pasir Penambang, Daerah Kuala Selangor sedang diproses secara berperingkat oleh Pejabat Daerah Tanah Kuala Selangor. Setakat ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 42/2020 yang diadakan pada 09 Disember 2020 telah meluluskan 12 permohonan dan menolak 5 permohonan pemberimilikan di bawah Seksyen 76 KTN di Pekan Pasir Penambang, Daerah Kuala Selangor bagi tujuan bangunan kediaman melalui Kertas Ringkasan MMK. No. 15/42/2020.