Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
126) LESEN PEMBALAKAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan semua syarikat yang diberikan lesen untuk kerja pembalakan pada tahun 2015
Syarikat yang diberikan lesen untuk kerja pembalakan pada tahun 2015 adalah kepada Syarikat Three Point Sdn. Bhd. dan Syarikat NS Gemilang Trading & Services.
-
Adakah Kerajaan Negeri masih mengeluarkan lesen kebenaran untuk kerja pembalakan pada tahun 2016?
Tiada sebarang lesen pembalakan dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Ini adalah selaras dengan Dasar Moratorium 25 Tahun Pembalakan yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada masa kini ke atas aktiviti pembalakan di dalam Hutan Simpanan Kelak di Negeri