Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

332) LESEN OPERASI KILANG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur permohonan lesen operasi kilang di Selangor

    Setiap permohonan yang dibuat bagi operasi kilang akan melalui proses 14 hari bekerja seperti yang telah digariskan di peringkat PBT iaitu di bawah ketetapan prosedur MS:ISO 9001/2008. Proses melibatkan penerimaan permohonan, semakan dokumen, semakan ke tapak, ulasan jabatan teknikal luaran dan dalaman dan status kelulusan.

  2. Berapakah jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan dari 2008 hingga 2014 mengikut PBT?

    1. Jumlah permohonan yang diterima adalah sebanyak 29548 permohonan dan diluluskan sebanyak 25103 permohonan bagi lapan (8) buah PBT untuk aktiviti industri sejak 2008 sehingga Oktober 2014. Manakala empat (4) PBT iaitu MPSJ, MPS, MPKj dan MDHS tidak memberi maklumbalas. Sila rujuk Jadual 1 seperti di bawah:-

     

    Jadual 1

     

     

    PBT JUMLAH PERMOHONAN LESEN OPERASI KILANG
    2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014
      Terim a Lulus Terima Lulus Terima Lulus Terima Lulus Terima Lulus Terima Lulus Terima Lulus
    MBSA 744 336 729 346 661 411 829 477 874 571 530 438 473 405
    MBPJ 11 11 21 21 7 7 19 19 34 34 13 13 25 25
    MPK 373 308 354 304 334 314 373 339 404 366 323 266 237 55
    MPAJ 50 46 74 70 40 39 44 42 36 29 39 38 28 27
    MPS 1539 1535 2191 2185 1957 1953 2217 2215 1771 1763 1832 1829 1469 1467
    MPKJ 638 391 624 230 636 372 720 568 845 714 720 502 632 524
    MPSJ 442 408 396 364 415 381 482 447 468 374 491 423 394 354
    MPSP 44 27 64 47 43 32 62 25 94 47 69 24 59 42
    MDKL 49 47 23 16 28 25 20 15 26 21 21 15 15 7
    MDKS 10 10 7 7 25 23 21 18 34 29 20 19 11 6
    MDSB 3 3 5 5 6 6
    MDHS 30 30 30 30 43 43 31 31 45 45 34 34 18 18
    Jumlah 3930 3149 4513 3620 4192 3603 4823 4201 4637 3999 4092 3601 3361 2930

    **Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

  3. Apakah tindakan yang diambil kerajaan sekiranya kilang gagal mematuhi prosedur yang digariskan

    Surat arahan patuhi syarat pelesenan akan dikeluarkan. Sekiranya didapati arahan daripada notis tersebut tidak dipatuhi, tindakan kompaun, sitaan dan pembatalan lesen akan dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.