Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
203) LESEN OPERASI KILANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kilang yang telah diberi kebenaran semula untuk beroperasi selepas ditarik balik mengikut PBT
Jumlah kilang yang telah diberi kebenaran semula beroperasi adalah sebanyak 307 buah kilang. Pecahan jumlah kilang mengikut PBT adalah seperti di bawah:
PBT Jumlah kilang yang telah diberi kebenaran semula untuk beroperasi selepas ditarik balik MBSA Sehingga kini tiada kebenaran yang diberi semula untuk beroperasi selepas lesen ditarik semula.
MBPJ Sehingga kini tiada kebenaran yang diberi semula untuk beroperasi selepas lesen ditarik semula. MPK Setakat ini tiada kilang yang ditarik balik lesen dan diberi kebenaran semula untuk beroperasi.
MPAJ 5 kilang MPSJ MPSJ pernah menarik dua (2) lesen premis kilang kerana masalah tambahan struktur secara haram dan tidak mendapat sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar. Sehingga kini kedua-dua kilang tersebut tidak dapat memenuhi syarat yang telah dikenakan untuk dilesenkan semula.
MPS 268 kilang dibenarkan beroperasi semula daripada 377 lesen ditarik MPKj MPKJ pernah menarik satu (1) lesen kilang iaitu WEI YEAN FURNITURE & RENOVATION No. 411, Batu 9, 43200 Cheras kerana aduan daripada penduduk setempat berikutan aktiviti yang dilakukan menimbulkan pencemaran dan kacau ganggu serta aktiviti tersebut tidak lagi sesuai untuk beroperasi di kawasan berkenaan
MPSp Sehingga kini tiada kebenaran yang diberi semula untuk beroperasi selepas lesen ditarik semula.
MDKL Sehingga kini tiada kebenaran yang diberi semula untuk beroperasi selepas lesen ditarik semula.
MDHS 34 kilang MDKS Sehingga kini tiada kebenaran yang diberi semula untuk beroperasi selepas lesen ditarik semula.
MDSB Sehingga kini tiada kebenaran yang diberi semula untuk beroperasi selepas lesen ditarik semula.
JUMLAH 307 kilang Sumber: Semua PBT Negeri Selangor
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada kilang yang berulang kali melakukan kesalahan yang sama?
Tindakan Kerajaan Negeri melalui PBT terhadap kilang yang berulang kali melakukan kesalahan yang sama tanpa mempunyai alasan yang munasabah atau memberi sebab yang meragukan adalah seperti di bawah:-
- Tindakan penguatkuasaan seperti pengeluaran notis amaran atau peringatan;
- Mengenakan kompaun berdasarkan Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 2007;
- Membekukan lesen;
- Menarik lesen; dan
- Mengambil tindakan
-
Apakah usaha untuk memastikan setiap kilang mematuhi syarat operasi yang ditetapkan Kerajaan Negeri?
Usaha Kerajaan Negeri melalui PBT bagi memastikan setiap kilang mematuhi syarat operasi yang ditetapkan adalah seperti di bawah:-
- Sebelum kelulusan lesen diberikan, Jabatan-jabatan teknikal dalaman akan mengadakan lawatan tapak ke premis-premis kilang berkenaan bagi memastikan syarat-syarat teknikal PBT dipatuhi;
- PBT akan memantau operasi kilang agar mematuhi syarat-syarat perlesenan dan perlanggaran syarat berdasarkan aduan juga akan diberi keutamaan dan akan disiasat semasa pemeriksaan; dan
- PBT juga mengadakan sesi pertemuan bersama pengusaha kilang tanpa kebenaran sebagai usaha memastikan pengusaha mendapat maklumat berkenaan syarat-syarat teknikal dan keperluan untuk memohon lesen perniagaan sehingga tempoh Tindakan Penguatkuasaan dilaksanakan ke atas kilang haram selepas Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran yang akan tamat pada 31 Disember 2015