Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
166) LESEN MENDUDUKI TANAH SEMENTARA (TOL)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan masih membenarkan rakyat Selangor untuk memohon TOL. Jika ya, atas kategori yang manakah yang dibenarkan (kediaman, perniagaan & pertanian)?
Buat masa ini, permohonan lesen pendudukan sementara (LPS) hanya diterima untuk tujuan papan tanda iklan dan pondok pengawal sahaja. Permohonan LPS bagi tanah rizab kerajaan adalah tidak dibenarkan.
-
Di daerah Hulu Langat berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan?
Jumlah permohonan LPS yang telah diluluskan bagi tahun 2010-2014 adalah seperti berikut:
TAHUN Jumlah Permohonan
Jumlah Permohonan Yang Telah Diluluskan 2010 644 166 2011 1045 177 2012 234 7 2013 10 10 2014 102 37