Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

69) LESEN MENDUDUKI SEMENTARA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi isu ejen tanah yang mengutip komisen dan memohon tanah secara berkelompok untuk orang lain?

  2. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mewujudkan sistem pendaftaran dan pemprosesan tanah yang telus bagi mengurangkan kes permohonan yang bertindih?

  3. Adakah tindakan kerajaan bagi memantau dan memastikan bahawa sebidang tanah kerajaan yang diberi milik itu digunakan dengan seoptimumnya?

Lampiran

Tiada Lampiran.