Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

82) LESEN-LESEN PERNIAGAAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan bilangan lesen bagi pusat-pusat ÒpubÓ, disko, dangdut, karaoke, rumah urut, empat nombor ekor, slot-machine dan snooker yang telah diluluskan menurut majlis daerah atau majlis perbandaran.

    Berikut adalah senarai lesen perniagaan bagi pusat hiburan, rumah urut, kedai nombor ekor, slot mesin dan snuker yang telah diluluskan mengikut PBT di Negeri Selangor :

    BIL. PBT PUSAT HIBURAN RUMAH URUT KEDAI NO EKOR SLOT MACHINE SNOOKER JUMLAH
    1 MBSA 9 38 6 2 5 60
    2 MBPJ 246 36 0 0 0 282
    3 MPK 12 41 20 0 54 127
    4 MPAJ 5 9 3 0 2 19
    5 MPSJ 53 121 43 5 9 231
    6 MPS 29 0 0 0 10 39
    7 MPKj 24 61 14 0 5 104
    8 MPSp 10 6 5 0 10 31
    9 MDKS 3 1 0 9 0 13
    10 MDHS 1 0 5 0 6 12
    11 MDKL 15 0 0 0 0 15
    12 MDSB 0 9 7 0 10 26
    JUMLAH 407 322 103 16 111 959
  2. Berapakah hasil pendapatan daripada pusat-pusat seperti di atas menurut daerah atau majlis perbandaran

    Berdasarkan maklumat yang diberikan, secara keseluruhannya kerajaan Negeri memperoleh sebanyak RM1,083,664.00 hasil daripada operasi pusatpusat hiburan, rumah urut, kedai nombor ekor, slot mesin dan snuker di seluruh PBT Negeri Selangor. Berikut adalah pecahan daripada jumlah pendapatan bagi operasi tersebut bagi PBT-PBT di Selangor :

    BIL. PBT PUSAT HIBURAN RUMAH URUT KEDAI NO EKOR SLOT MACHINE SNOOKER
    1 MBSA 34,260 16,300 2,500 4,280 16,460
    2 MBPJ 16,000 0 0 0 0
    3 MPK 375,150 0 0 0 0
    4 MPAJ 19,220 13,554 2,400 0 21,016
    5 MPSJ 0 137,918.65 16,340 0 0
    6 MPS 8,819 0 0 0 0
    7 MPKj 117,188 98,909.60 14,735 0 0
    8 MPSp 31,770 0 0 0 0
    9 MDKS 600 200 0 4,300.00 0
    10 MDHS 0 0 0 0 0
    11 MDKL 83,000 0 0 0 0
    12 MDSB 48,744 0 0 0 0
    JUMLAH 734,751 266,882 35,975 8,580 37,476

     

  3. Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap kelulusan lesen bagi pusat-pusat di atas sekiranya terbukti bahawa ianya lebih membawa unsur-unsur negatif terhadap proses dan program pembangunan insan rakyat Negeri Selangor.

    Buat masa ini Kerajaan Negeri telah membekukan pengeluaran lesen- lesen baru untuk pusat-pusat hiburan di semua PBT Negeri Selangor. Hanya pemegang lesen sedia ada sahaja yang dibenarkan untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka. Sekiranya pemegang-pemegang lesen sedia ada didapati melanggar syarat-syarat lesen, PBT boleh mengambil tindakan kompaun atau membekukan lesen perniagaan mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.