Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

311) LESEN HOTEL BAJET DI KOTA DAMANSARA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah hotel bajet yang diluluskan sepanjang Januari 2014 hingga Jun 2015?

    Tiada permohonan hotel bajet di kawasan Pusat Bandar Kota Damansara diluluskan Majlis sepanjang Januari 2014 hingga Jun 2015. Majlis pada Oktober 2012 memutuskan permohonan baru bagi kawasan ini dibekukan kerana telah memenuhi keperluan. Jumlah hotel bajet sedia ada yang diluluskan sebelum keputusan ini ialah sebanyak 13

  2. Nyatakan kriteria yang diperlukan dalam mendapatkan kelulusan membina hotel bajet?

    Kriteria yang diperlukan dalam mendapatkan kelulusan membina hotel bajet ialah premis perlu berada dalam zon pusat Bandar/ kawasan perniagaan, memenuhi keperluan bilangan bilik berdasarkan unjuran ketibaan pelancong dan mematuhi lain-lain aspek teknikal yang ditetapkan oleh Majlis dan lain-lain agensi terlibat seperti penyediaan tempat letak kereta, pengurusan lalulintas, keselamatan dan

  3. Nyatakan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan agar hotel bajet ini tidak menjalankan kegiatan tidak bermoral dan pelacuran ?

    Tindakan penguatkuasaan di bawah Undang-undang Kecil Hotel MBPJ (2007), Undang-undang Kecil Iklan MBPJ (2007) dan lain-lain Akta dan Undang- undang Kecil yang

    Antara tindakan penguatkuasaan dan pemantauan agar hotel bajet ini tidak menjalankan kegiatan tidak bermoral dan pelacuran iaitu pengusaha hotel perlu menjalankan pemeriksaan dan mendapatkan sokongan dari pihak POLIS dan JAIS semasa memperbaharui kelulusan pada setiap tahun.

     

     

    JenisAktiviti BilanganOperasi Tindakan
    Jumlah Kompaun JumlahSitaan
    Hotel 24 6 5

     

Lampiran

Tiada Lampiran.