Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

161) LESEN HOTEL BAJET

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah lesen dan jenis hotel bajet terkini yang dikeluarkan dan nyatakan maklumat syarikat pemegang lesen tersebut mengikut PBT

    Setakat ini, aktiviti hotel bajet dikawal melalui Undang-undang Kecil (UUK) Hotel 2007 yang diselaraskan pemakaiannya di setiap Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Dari segi kawalan pengeluaran lesen, PBT sebagai Pihak Berkuasa Melesen yang diberi kuasa secara bertulis berhak dalam membuat sebarang keputusan berkaitan prosedur lesen dan penguatkuasaan.

    Namun demikian, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) turut terlibat dalam proses pengeluaran sesuatu lesen berkaitan dengan hotel bajet dan hotel tersebut perlu berdaftar dengan Persatuan Hotel Bajet Malaysia. Ini kerana, dalam menentukan tatacara dan peraturan yang perlu digunapakai bagi mengawal dan mengendalikan aktiviti berkaitan hotel bajet  PBT memerlukan kerjasama daripada semua Jabatan/ Agensi teknikal.

    Dari segi kawalan terhadap operasi hotel bajet pula, Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa proaktif dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara berkala dan bersepadu melibatkan jabatan/ agensi mengikut bidang kuasa masing-masing seperti berikut:

    • Polis DiRaja Malaysia (PDRM);
    • Jabatan Imigresen Malaysia;
    • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
    • Jabatan Kastam DiRaja Malaysia;
    • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); dan
    • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

    Setakat 30 Jun 2017, jumlah lesen hotel bajet yang dikeluarkan adalah sebanyak 449. Perincian jenis hotel bajet dan bilangan lesen yang dikeluarkan mengikut PBT adalah seperti berikut :

    PBT JENIS HOTEL BAJET JUMLAH LESEN HOTEL BAJET
    MBSA Hotel bajet 42
    MBPJ Hotel bajet 83
    MPK Hotel bajet 57
    MPAJ Hotel bajet 31
    MPSJ Hotel bajet 67
    MPKJ Hotel bajet 56
    MPS Rumah kedai 14
    MPSP Hotel bajet 26
    MDKS Pelbagai 13
    MDKL Tiada TIADA
    MDHS 20 Bilik Ke Bawah

    21 Bilik – 40 Bilik

    24
    MDSB Hotel bajet / rumah tumpangan, chalet, homestay dan rumah penginapan / housestay 36
    JUMLAH 449

    Nota : Sumber maklumat daripada setiap PBT.

  2. Apakah syarat-syarat penting yang mesti diikuti oleh pemegang lesen-lesen tersebut?

    Syarat-syarat penting yang mesti diikuti oleh pemegang lesen-lesen adalah seperti mana yang ditetapkan oleh PBT. Kelulusan hotel bajet boleh dipertimbangkan dengan  mematuhi syarat-syarat berikut:

    ASPEK PERANCANGAN

    1. Kelulusan Kebenaran merancang

    Mengemukakan permohonan kebenaran merancang perubahan meterial penggunaan bangunan daripada kedai pejabat kepada hotel bajet.

    1. Lot Parkir Kereta

    Menyewa 5 petak tempat letak kereta daripada Majlis bagi tujuan kemudahan pengunjung. Sila rujuk ke Bahagian Kutipan & Hasil Majlis bagi tujuan penyewaan tersebut.

    1. Sokongan Bomba

    Mengemukakan surat kelulusan / sokongan daripada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor.

    1. Pengudaraan

    Mempunyai 10% pembukaan pengudaraan semulajadi berdasarkan luas lantai atau menyediakan pengudaraan mekanikal.

    1. Tong Sampah

    Menyediakan tong sampah dan pembuangan sampah mengikut peraturan PBT.

    1. Papan tanda

    Menyediakan papan tanda alamat dalam tulisan rumi dan jawi mengikut  spesifikasi yang ditetapkan oleh PBT.

    1. Kacau Ganggu

    Memastikan aktiviti yang akan dijalankan kelak tidak menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar. Pemohon juga perlu menjaga kebersihan tapak dan memastikan aktiviti yang dijalankan kelak bebas dari kegiatan yang menyalahi undang-undang.

    ASPEK BANGUNAN

    1. Pelan Tambahan Pindaan

    Pengusaha dikehendaki segera mengemukakan pelan  tambahan dan pindaan bangunan kepada Majlis untuk kelulusan dengan mematuhi syarat-syarat berikut :-

    1. Tangga Kecemasan

    Struktur tangga kecemasan (sebagaimana syarat Bomba) hendaklah terletak di dalam sempadan lot premis (tidak dibenarkan didirikan di atas rezab lorong belakang

    1. Surau

    Menyediakan kemudahan surau untuk kegunaan lelaki dan wanita secara berasingan dengan ukuran 10’ x 10’ dan tambahan 4’ x 2’ untuk ruang wudhuk

    ASPEK PELESENAN DAN PENGUATKUASAAN

    1. Buku Rekod Penggunaan Hotel

    Menyediakan buku rekod penggunaan hotel yang mengandungi maklumat seperti berikut :-

    1. Nama Penghuni
    2. No. Kad Pengenalan

    iii. Alamat Penghuni

    1. No. Telefon
    2. Iklan Di Premis

    Tidak dibenarkan memaparkan iklan promosi yang tidak bermoral serta dengan kadar harga RM9.99 sejam.

    1. Aktiviti Tidak Dibenarkan

    Aktiviti yang menyalahi syarat kelulusan lesen seperti urut dan seumpamanya adalah tidak dibenarkan sama sekali.

    1. Taraf Bintang Bagi Hotel Bajet

    Hotel Bajet perlu memenuhi kriteria hotel bagi mendapatkan taraf bintang.

    1. Menyediakan kaunter untuk perkhidmatan kepada pelanggan.

Lampiran

Tiada Lampiran.