Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
98) LESEN BESI LUSUH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah bilangan lesen besi lusuh yang dikeluarkan oleh semua PBT di Negeri Selangor dari tahun 2005 hingga 2008?
Merujuk kepada statistik terkini premis kilang besi buruk di Selangor, jumlah lesen yang
telah dikeluarkan oleh PBT Selangor untuk premis besi lusuh adalah seperti berikut :
BILANGAN LESEN BARANGAN LUSUH DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN
NEGERI SELANGOR
BIL PBT
TAHUN
2005
TAHUN
2006
TAHUN
2007
TAHUN
2008 JUMLAH
1 MBSA 1 2 18 9 30
2 MBPJ 2 2 3 5 12
3 MPK 10 0 0 13 23
4 MPSJ 2 8 15 25 50
5 MPAJ 0 2 4 6 12
6 MPKj 3 6 14 1 24
7 MPS 16 19 31 58 124
8 MPSp 0 9 11 3 23
9 MDKS 1 0 9 11 21
10 MDKL 2 3 3 5 13
11 MDHS 3 3 3 2 11
12 MDSB 7 2 0 5 14 -
Apakah punca utama yang menyebabkan bilangan lesen yang dikeluarkan oleh semua PBT berkurangan sejak tahun 2007?
Punca utama yang menyebabkan premis lesen yang dikeluarkan berkurangan adalah
kerana penetapan kuota yang telah ditetapkan melalui Pekeliling Setiausaha Kerajaan
Negeri Bil 1/2006 sejajar dengan pembekuan permit barangan lusuh oleh pihak PDRM
berkuat kuasa 8 Disember 2006. Tambahan pula, salah satu kriteria untuk premis
barangan lusuh beroperasi ialah berada di atas tanah berstatus industri. Kebanyakan
premis yang beroperasi secara haram adalah di atas tanah persendirian dan berstatus
kediaman atau pertanian. Ini secara langsung telah mengurangkan kelulusan lesen
premis barangan lusuh di PBT Selangor. -
Sila nyatakan dengan jelas apakah dasar Kerajaan baru Pakatan Rakyat terhadap perkembangan industri besi lusuh ini dan nyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi?
Memandangkan penarikan semula pembekuan permit barangan lusuh oleh pihak PDRM
berkuat kuasa 12 Ogos 2008, Kerajaan Negeri sedang merangka semula penetapan
kuota yang telah ditetapkan sebelum ini. Ia bertujuan untuk memudahkan program
pemutihan premis barang lusuh di samping membendung gejala kecurian barangan
awam berasaskan logam. Secara langsung, ia dapat membantu golongan yang
menjadikan industri ini sebagai mata pencarian. Diharapkan agar pendekatan ini akan
mengurangkan gejala kecurian yang semakin meningkat dewasa. Penguatkuasaan ke
atas premis yang bakal dilesenkan akan diperketat agar ia tidak disalah guna sebagai
tempat urus niaga barangan yang dicuri.