Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

176) LEPTOSPIROSIS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan operasi dan program gotong royong membasmi tikus dan anjing liar yang telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam Negeri Selangor di sepanjang tahun 2009 sehingga kini.

    Bilangan operasi dan program gotong-royong yang telah dilaksanakan di sepanjang tahun 2009 sehingga kini adalah seperti berikut :-

    BIL PBT OPERASI DAN PROGRAM
    2009 2010
    1. MBSA •    Operasi penangkapan anjing liar dilakukan hampir setiap hari berdasarkan aduan awam dan pemantauan yang dijalankan dari masa ke semasa. Jumlah tangkapan 1,958 ekor.

     

    •    Majlis tiada menjalankan operasi membasmi tikus secara intensif di mana aktiviti pencegahan lebih ditekankan seperti penjagaan kebersihan premis:-

    i)           Gotong royong : 151 kali

     

    •    Operasi penangkapan anjing liar dilakukan hampir setiap hari berdasarkan aduan awam         dan pemantauan yang dijalankan dari masa ke semasa. Jumlah tangkapan 1,323 ekor (sehingga September).

     

    •    Majlis tiada menjalankan operasi membasmi tikus secara intensif di mana aktiviti pencegahan lebih ditekankan seperti penjagaan kebersihan premis:-

    i) Gotong royong : 123kali (sehingga

    September) ii)       Operasi penangkapan

    tikus

    (berdasarkan

    aduan awan diterima) : 7 aktiviti.

    2. MBPJ Operasi dan program gotong-royong membasmi tikus dan anjing liar

    (2009 sehingga kini) adalah seperti berikut:-

    i)         Program gotong-royong membasmi tikus:  40 kawasan.

    ii)        Menjalankan kerja-kerja kawalan raden di semua gerai dan pasar awam Majlis oleh syarikat yang dilantik setiap 4 bulan sekali.

    iii)       Program tangkapan anjing liar: setiap hari di kawasan terdapat aduan awam dan kawasan yang menjadi tumpuan anjing liar seperti lokasi longgokan sampah dan kawasan semak-samun. Sepanjang tahun 2009 hingga kini sebanyak 3932 ekor anjing liar telah berjaya ditangkap.

     

    3. MPSJ Bilangan operasi dan program gotong-royong membasmi tikus dan anjing liar yang telah dilaksanakan oleh MPSJ sepanjang tahun 2009 sehingga September 2010 ialah sebanyak 74 operasi bagi tikus dan 282 operasi penangkapan anjing liar.
    4. MPKj Pihak Majlis telah melantik kontraktor “Pest Control” bagi mengatasi masalah tikus. Selain daripada itu Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat juga memainkan peranan dalam membasmi masalah penyakit leptospirosis. Pada masa yang sama  sepanjang tahun 2009 sebanyak 141 aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan telah dijalankan. Manakala sehingga Oktober 2010 sebanyak 128 aktiviti gotong-royong telah dijalankan.
    5. MPS Bilangan gotong royong yang dijalankan daripada tahun 2009-2010 adalah sebanyak 20 kali. Operasi  anjing liar dijalankan setiap hari mengikut aduan yang diterima di dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang ,
    6. MPK • Sebanyak 181 gotongroyong telah diadakan (Sekolah, JKKK Kampung,

    NGO, Surau dan Kuil)

    • Sebanyak 159 gotong-royong telah diadakan (Sekolah, JKKK Kampung, NGO, Surau dan Kuil)
    7. MPAJ •      Operasi penangkapan tikus: 1,466 ekor. (Di sekitar kawasan Tmn Cahaya, Tmn Cempaka, Pandan Perdana, Cheras Indah, Tmn Maju Jaya dan Tmn Kencana).

     

    •      Operasi penangkapan anjing liar: 1,497 ekor.

    •      Operasi penangkapan tikus: 1,725 ekor (sehingga Oktober 2010 di kawasan Pandan Jaya, Pandan Indah, Tmn Kosas, Tmn Rasmi Jaya, Tmn Bkt Indah, Tmn Dagang, Tmn Nirwana, Tmn Muda, Tmn Seraya, Tmn Putra, Bkt. Permai, Tmn Permata, Flat Dato’ Ahmad Razali dan Pekan Ampang).

     

    •      Operasi penangkapan anjing liar: 988 ekor (sehingga September).

    8. MPSp TIADA OPERASI DIJALANKAN
    9. MDKS TIADA  
    10. MDSB Tiada menjalankan sebarang operasi atau program gotong royong khusus bagi membasmi tikus dan anjing liar. Operasi yang telah dijalankan adalah menembak anjing liar berdasarkan kepada aduan yang diterima daripada orang awam
    11. MDHS MDHS menjalankan 74 program gotong-royong bagi mengatasi masalah anjing liar dan tikus.

     

    12. MDKL Operasi dan program gotong-royong membasmi tikus dan anjing liar (2009 sehingga kini) adalah seperti berikut:-

    i.         Operasi Anjing: 210 kali

    ii.        Operasi Tikus: Tiada

     

  2. Apakah rancangan yang akan diambil Kerajaan melalui Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dalam mencegah pembiakan tikus dan penularan penyakit leptospirosis di kawasankawasan perumahan dan perniagaan di negeri ini, khususnya di kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan tikus dan anjing liar.?

    Berkuasa Tempatan mengambil langkah-langkah seperti berikut:

    1. Memastikan kutipan sampah dan pembersihan kawasan di kawasan perumahan dijalankan oleh pihak AFSB mengikut jadual yang telah ditetapkan.
    2. Menjalankan pemeriksaan terutamanya di premis makanan dan restoran bagi memastikan premis-premis ini bersih, bebas dari sebarang rodensia serta mendapatkan khidmat ‘pest control operator’ yang berlesen dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak.
    3. Memperbanyakkan promosi kesihatan mengenai masalah kesihatan yang dikenal pasti dikaitkan dengan tikus kepada orang ramai.
    4. Menjalankan operasi penangkapan anjing liar secara berkala
    5. Memperbanyakkan promosi kesihatan terhadap pemilik anjing berlesen tentang keperluan penjagaan sanitasi haiwan peliharaan mereka dengan sebaiknya.
    6. Memperbanyakkan operasi penangkapan tikus sama ada melalui pemasangan racun atau perangkap.
    7. Memusnahkan habitat tikus dan memusnahkan anjing liar.
  3. Ingin mengetahui masih adakah perkhidmatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan khususnya oleh Majlis Perbandaran Selayang untuk menangani masalah anjing liar dan anjing tidak bertuan di kawasan-kawasan perumahan DUN Taman Templer. Jika ada, nyatakan kekerapan operasi yang dibuat dalam satu-satu kawasan

    Operasi sentiasa dijalankan setiap hari mengikut aduan yang diterima daripada penduduk di kawasan tersebut tidak kira siang atau malam, jika terdapat masalah yang berkaitan anjing liar Unit Haiwan Liar dari jabatan kesihatan akan membuat tangkapan di kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.