Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

34) LEMBU TERBIAR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat tindakan segera kepada penternak yang membiarkan lembu terbiar sehingga membahayakan orang awam?

    Di dalam Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971 (Enakmen Selangor No.3 tahun 1971), menyatakan suatu kawasan pihak berkuasa tempatan atau sebahagiannya merupakan kawasan larangan bagi lembu-kerbau. Justeru itu, lembu-lembu yang berkeliaran di kawasan larangan boleh diklasifikasikan sebagai lembu ternakan yang tidak bertuan dan tindakan seperti tangkapan boleh dibuat ke atas lembu-lembu yang berkeliaran tersebut.
    Selain daripada penguatkuasaan enakmen tersebut, pihak PBT juga mengambil inisiatif dengan mengadakan perjumpaan bersama penternak yang dikenal pasti membiarkan lembu ternakan berkeliaran tanpa kawalan dan seterusnya memberi amaran supaya tidak membiarkan lembu ternakan berkeliaran di kawasan awam.
    Pihak PBT juga mewujudkan pasukan khas yang bertindak untuk merampas lembu yang berkeliaran di kawasan awam atau kawasan larangan sekiranya terdapat aduan diterima.
    Dalam usaha bagi menangani lembu-kerbau terbiar, Kerajaan Negeri sedang menilai kesesuaian tanah-tanah kerajaan yang boleh diwartakan sebagai tanah untuk projek pertanian.

    Sebagai contoh, Kerajaan Negeri melalui UPEN-Sektoral dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor telah melaksanakan Program Penempatan Semula Penternak yang menghadapi masalah kawasan menternak atau ringkasnya Program Translokasi. Selain daripada Ladang Translokasi Sungai Nilam di Hulu Selangor, Kerajaan Negeri juga sedang membangunkan sebuah lagi ladang translokasi di Olak Lempit yang dijangka siap pada tahun ini. Selain itu, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor dalam proses mewartakan dua kawasan di Sg. Gumut, Kalumpang (80 ekar) dan Sg. Gersik, Rasa (100 ekar) bagi tujuan Program Translokasi ini.

  2. Apakah tindakan kerajaan dalam menangani lembu-lembu terbiar tidak bertuan?

    Sama seperti di SUB (a)

  3. Apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu kewujudan kandang-kandang lembu yang dibina secara haram terutama diatas tanah kerajaan?

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.