Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

197) LEMBU KORBAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah gred lembu yang dibekalkan dan apakah kaedah penimbangan yang diguna pakai?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 18/2013 yang bersidang pada

    26 Jun 2013 telah menetapkan sebanyak 753 ekor lembu akan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri dengan bekalan diperolehi daripada PKPS. Spesifikasi pembekalan lembu yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

     

    1. Berat hidup –           200 kg seekor (minima)
    2. Harga –           RM3,000 seekor (Termasuk tali pengikat dan

    penghantaran ke destinasi yang ditetapkan).

     

    Gred lembu pada kadar minimum 200 kg seekor adalah Gred D (yang paling rendah). Gred ini merupakan gred yang ditetapkan oleh MMKN. PKPS menentukan berat setiap ekor lembu dengan menggunakan mesin  penimbang berat (load cell) dan pita pengukur lilit (pengukur lilit digunapakai oleh ladang-ladang ternakan di Australia sebagai kaedah penimbangan).

     

  2. Bagaimana proses pemilihan pembekal, adakah melalui tender terbuka atau lantikan terus?

    Lembu-lembu yang dibekalkan oleh PKPS diperolehi melalui dua (2) sumber, iaitu daripada ladang ternakan PKPS sendiri dan penternak-penternak luar. PKPS telah mendapatkan sebut harga daripada penternak-penternak luar ini melalui proses pelawaan. Sebanyak empat belas (14) buah syarikat dan individu telah dipelawa untuk mengemukakan sebut harga masing-masing. Berikut adalah syarikat-syarikat yang telah mengemukakan sebut harga mereka:

     

    BIL NAMA SYARIKAT
    1. Wahidanie Livestock (M) Sdn Bhd
    2. Mohammad Hafiz bin Mohamad Rashid (Individu)
    3. Eco-Bioenergy (M) Sdn Bhd
    4. RS One Engineering Sdn Bhd
    5. Impian Alfi Resources

     

    BIL NAMA SYARIKAT
    6. Yuri Trading
    7. Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad
    8. Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat
    9. Sri Mutiara Teguh Enterprise
    10. W & K Farm Enterprise
    11. Dagang Ritz Sdn Bhd
    12. MHR Platinum Resources
    13. Mega Tani Enterprise
    14. PKPS Livestock Farm Sdn Bhd (anak syarikat PKPS)

     

    Sebelum melantik pembekal-pembekal tersebut, PKPS telah meninjau sendiri ladang-ladang ternakan lembu yang diusahakan oleh pembekal. Selain itu, PKPS juga telah membuat semakan latar belakang syarikat yang mengemukakan sebut harga untuk mengetahui pengalaman masing-masing.

     

    Daripada empat belas (14) pembekal yang mengemukakan sebut harga, PKPS telah melantik lapan (8) daripada mereka, iaitu:

     

    BIL NAMA SYARIKAT
    1. Wahidanie Livestock (M) Sdn Bhd
    2. Mohammad Hafiz bin Mohamad Rashid (Individu)
    3. RS One Engineering Sdn Bhd
    4. Sri Mutiara Teguh Enterprise
    5. W & K Farm Enterprise
    6. Dagang Ritz Sdn Bhd
    7. Mega Tani Enterprise
    8. PKPS Livestock Farm Sdn Bhd (anak syarikat PKPS)

     

    Spesifikasi lembu yang ditetapkan oleh PKPS kepada penternak-penternak terlibat adalah berlainan daripada spesifikasi Kerajaan Negeri, iaitu:

     

    1. Berat –           > 220 kg/ekor (lembu-lembu yang dibekalkan oleh PKPS kepada Kerajaan Negeri adalah lebih berat daripada

    yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri)

     

    1. Spesifikasi ternakan- Baka jantan kacukan KK Brahman dan

    berada dalam keadaan fizikal yang baik, serta bebas dari penyakit.

     

    Untuk memastikan bahawa lembu-lembu di bekal memenuhi spesifikasi tersebut, maka PKPS telah membuat pemilihan lembu di ladang-ladang penternak terlibat dengan menimbang atau mengukur lilit badan lembu sebelum lembu dipasangkan ‘tagging’ telinga oleh PKPS sendiri.

     

  3. Berapakah harga seekor lembu dan jumlah perbelanjaan keseluruhan?

    Harga bagi seekor lembu adalah RM3,000/- (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja) dan jumlah perbelanjaan keseluruhan adalah sebanyak RM2,259,000/- (Ringgit Malaysia Dua Juta Dua Ratus Lima Puluh Sembilan Ribu Sahaja).

     

    Jumlah tersebut dibiayai secara sama rata di antara tujuh (7) buah anak syarikat Kerajaan Negeri, iaitu:

     

    • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    • Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
    • Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
    • Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB)
    • Worldwide Holdings Sdn. Bhd. (WHSB)
    • Menteri Besar Incorporated (MBI)
    • Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)

Lampiran

Tiada Lampiran.