Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

80) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan struktur, lembaga pengarah dan pengurusan kanan LZS?

    Struktur Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan LZS adalah seperti di Lampiran 1.

  2. Berapakah jumlah kakitangan dan struktur LZS mengikut daerah?

    1. Pada masa ini, terdapat seramai 430 orang kakitangan di LZS. Daripada jumlah tersebut seramai 158 orang bertugas di daerah. Struktur organisasi LZS di peringkat daerah adalah seperti di Lampiran 2.
  3. Sejauh manakah keberkesanan fungsi LZS di Selangor?

    Lembaga Zakat Selangor (LZS) berfungsi sebagai institusi yang telah dilantik untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat di Selangor. Sejak 19 tahun ditubuhkan, LZS telah melaksanakan fungsinya dengan penuh komited. Keberkesanan fungsi LZS adalah seperti di Lampiran 3.

Lampiran

Tiada Lampiran.