Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

12) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan zakat sepanjang pandemik COVID-19 dari tahun 2020 sehingga tahun ini?

    Sebanyak 305,732 permohonan zakat sepanjang pandemik COVID-19. Pecahan jumlah permohonan zakat adalah seperti berikut:

    BILANGAN PERMOHONAN ZAKAT DARI TAHUN 2020 HINGGA JULAI 2021

    Kategori 2020 *2021 (Sehingga Julai 2021)
    Permohonan individu 210,983 73,501
    Permohonan selain individu 15,496 5,752
    Jumlah 226,479 79,253

    *Nota: Data belum diaudit

  2. Adakah Lembaga Zakat Selangor menerima permohonan yang lebih tinggi bagi tahun 2020 dan 2021 berbanding tahun-tahun sebelum ini?

    Bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang dilaksanakan pada 18 Mac 2020, LZS telah menjangkakan akan berlaku peningkatan jumlah keluarga asnaf fakir dan miskin yang berdaftar, berikutan penutupan sektor ekonomi.

    Peningkatan tersebut dapat dilihat berdasarkan kepada jumlah pertambahan keluarga asnaf fakir dan miskin dari 55,089 ketua keluarga didaftarkan pada tahun 2019 kepada 58,327 ketua keluarga fakir dan miskin pada akhir tahun 2020.

    Berikutan PKP 3.0 yang dilaksanakan pada tahun 2021 ini, LZS menjangkakan jumlah itu akan meningkat sehingga 64,500 ketua keluarga asnaf fakir dan miskin yang berdaftar dengan LZS.

    Ini secara tidak langsung turut melibatkan peningkatan pelbagai permohonan bantuan yang disediakan di bawah asnaf fakir dan miskin seperti bantuan kewangan dan makanan bulanan, bantuan sewa rumah, bantuan perubatan, bantuan Hari Raya, bantuan keperluan sekolah, bantuan dialisis dan keperluan hidup.

  3. Senaraikan jenis-jenis bantuan dan jumlah penerima yang mendapat bantuan daripada pihak Lembaga Zakat Selangor mengikut daerah.

    Berikut adalah bilangan penerima bantuan utama mengikut daerah bagi tempoh Januari hingga Julai 2021:

    *BILANGAN PENERIMA BANTUAN UTAMA MENGIKUT DAERAH BAGI TEMPOH JAN-JULAI 2021

    Bil Daerah Bantuan Kewangan Bulanan

    (Keluarga)

    Bantuan Makanan Bulanan

    (Keluarga)

    Bantuan Perubatan

    (Penerima)

    Bantuan Sewa/

    Ansuran Rumah

    (Keluarga)

    Bantuan Keperluan Hidup

    (Keluarga)

    Bantuan Dialisis

    (Penerima)

    1. Gombak 4,456 2,209 1,177 1,923 4,787 481
    2. Hulu Langat 6,986 4,055 1,379 3,000 7,839 541
    3. Hulu Selangor 4,109 2,435 771 1,365 2,632 165
    4. Klang 8,108 2,381 1,683 3,549 7,439 446
    5. Kuala Langat 3,397 1,289 778 1,366 2,657 189
    6. Kuala Selangor 4,350 2,510 1,333 2,071 3,885 276
    7. Petaling 7,655 2,196 1,905 2,154 23,431 721
    8. Sabak Bernam 1,747 994 637 748 1,619 165
    9. Sepang 1,718 527 333 835 1,979 64
    Jumlah 42,526 18,596 9,996 17,011 56,268 3,048

    *Nota: Data belum diaudit

Lampiran

Tiada Lampiran.