Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
57) LEMBAGA URUS AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah anggota penguatkuasa yang ada di LUAS
Sehingga kini, jumlah anggota penguatkuasa yang ada di LUAS adalah seramai 17 orang yang terdiri daripada :-
- Satu (1) Ketua Penolong Pegawai Undang-Undang L48 (Kontrak)
- Satu (1) Pegawai Undang-Undang L41 (Tetap)
- Satu (1) Pegawai Tadbir N41 (Tetap)
- Satu (1) Penolong Pegawai Undang-Undang L29 (Tetap)
- Satu (1) Penolong Pegawai Penguatkuasa KP32 (Tetap)
- Satu (1) Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 (Tetap)
- Sebelas (11) Pembantu Penguatkuasa KP 19 (3 Tetap dan 8 Kontrak)
LUAS juga telah memberi kad kuasa kepada pegawai dan kakitangan yang bertugas di unit-unit teknikal untuk menjalankan siasatan dan pemantauan ketika lawatan di tapak dilakukan. Pada masa ini, sebanyak 62 kad kuasa dikeluarkan kepada pegawai dan kakitangan Lembaga untuk membantu menjalakan penguatkuasaan sumber air di negeri Selangor.
-
Apakah kaedah pemantauan terhadap Sungai Semenyih dan Sungai Selangor supaya sentiasa di bawah keadaan yang selamat?
Pemantauan secara berterusan dan bersepadu perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Ini termasuklah mengemaskini maklumat inventori premis di sepanjang sungai, pemantauan secara berkala, pemetaan untuk dijadikan rujukan dan pembinaan stesen kualiti air di hulu muka sauk atau loji pembersihan
-
Nyatakan "Standard Operating Procedure" (SOP) terhadap laparon pencemaran yang diterima.
Standard Operasting Procedure (SOP) LUAS berlandaskan Manual Pelan Tindakan Menangani Tumpahan Minyak Dan Bahan Pencemar Ke dalam Sumber
Air. Pasukan dianggotai oleh agensi Negeri dan Persekutuan. Apabila aduan pencemaran yang melibatkan penutupan loji, pasukan kecemasan akan segera digerakkan ke lokasi untuk siasatan tapak, pensampelan, bahan bukti dan sebagainya. Tindakan lanjut dari segi perundangan akan diambil. Selanjutnya, pelaporan kes kecemasan akan dipanjangkan kepada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna dan dibentangkan di dalam Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air.