Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
37) LEMBAGA RAYUAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila beri statistik kes yang dibawa ke Lembaga Rayuan mengikut PBT untuk tahun 2015-2017.
Statistik kes yang dibawa ke Lembaga Rayuan mengikut PBT untuk tahun 2015 sehingga tahun 2017 (Setakat Oktober) adalah seperti berikut :-
JUMLAH KES MENGIKUT PBT DARI TAHUN 2015 SEHINGGA 2017 (SETAKAT OKTOBER) NO PBT BIL. KES PERATUS (%) 1. MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA 24 32.88 2. MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM 4 5.47 3. MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 15 20.55 4. MAJLIS PERBANDARAN KLANG 8 10.96 5. MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2 2.74 6. MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 9 12.33 7. MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG 3 4.11 8. MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1 1.37 9. MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT 3 4.11 10. MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 1 1.37 11. MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR 1 1.37 12. MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2 2.74 JUMLAH KESELURUHAN 73 100.00 Secara keseluruhannya sebanyak 73 kes telah didaftarkan di Lembaga Rayuan Negeri Selangor dari tahun 2015 sehingga tahun 2017 (setakat Oktober). Majlis Bandaraya Petaling Jaya mencatatkan jumlah kes rayuan yang paling tinggi iaitu 24 kes (33.88%), seterusnya Majlis Perbandaran Subang Jaya dengan 15 kes (20.55%) dan Majlis Perbandaran Kajang sebanyak 9 kes (12.33%).
-
Berapakah kes yang telah dimana PBT menang dan PBT kalah untuk tempoh masa yang sama?
Kes yang telah dimana PBT Menang dan PBT Kalah untuk tempoh masa yang sama bagi tahun 2015 sehingga tahun 2017 (Setakat Oktober) adalah seperti berikut :-
TAHUN 2015 SEHINGGA TAHUN 2017 (SETAKAT OKTOBER) NO PBT PBT MENANG PBT KALAH PERAYU TARIK DIRI PERINTAH PERSETUJUAN DALAM PERBICARAAN JUMLAH 1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3 4 12 3 2 24 2. Majlis Bandaraya Shah Alam 2 0 2 0 0 4 3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 2 4 5 3 1 15 4. Majlis Perbandaran Klang 1 1 5 0 1 8 5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 0 1 0 1 0 2 6. Majlis Perbandaran Kajang 2 1 4 0 2 9 7. Majlis Perbandaran Selayang 0 0 2 0 1 3 8. Majlis Perbandaran Sepang 0 1 0 0 0 1 9. Majlis Daerah Kuala Langat 0 0 1 1 1 3 10. Majlis Daerah Kuala Selangor 0 1 0 0 0 1 11. Majlis Daerah Hulu Selangor 0 0 0 0 1 1 12. Majlis Daerah Sabak Bernam 1 0 1 0 0 2 JUMLAH KESELURUHAN 11 (15.07%)
13 (17.81%)
32 (43.83%)
8 (10.96%)
9 (12.33%)
73 (100%)
Secara keseluruhannya sebanyak 73 kes yang didaftarkan dan dibicarakan di Lembaga Rayuan Negeri Selangor. Sebanyak 11 kes (15.07%) di menangi oleh Pihak Berkuasa Tempatan, 13 kes (17.8%) di menangi oleh Perayu, manakala 32 kes (43.83%) ditarikbalik oleh Perayu, 8 kes (10.96%) adalah diputuskan melalui Perintah Persetujuan dan 9 kes (12.33%) masih lagi di dalam perbicaraan.
-
Sila butirkan tajuk-tajuk kes yang melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Tajuk-tajuk kes yang melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi tahun 2015 sehingga 2017 adalah seperti berikut:-
BIL PERAYU TAJUK PROJEK STATUS 1. Tetuan Mutiara Rini Sdn. Bhd Rayuan Terhadap Penolakan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan 1 Blok Pejabat 10 Tingkat Yang Mengandungi 8 Tingkat Pejabat Dan 2 Tingkat Mekanikal Serta 3 Aras Besmen Tempat Letak Kereta Di Atas Lot 66516 Jalan PJU7/7A Mutiara Damansara, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Mutiara Rini Sdn. Bhd. Perayu Tarik Diri 2. Tetuan Rentak Sari Sdn Bhd. Rayuan Terhadap Penolakan Kebenaran Merancang Bagi Melanjutkan Tempoh Kelulusan Kebenaran Merancang Bagi Membuat Perubahan Matan Pada Penggunaan Bangunan Daripada Bangunan Perniagaan Kepada Sekolah Swasta Beralamat Lot 1214, 10th Mile Federal Highway, Off Jalan SS8/2, 47300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Rentak Sari Sdn Bhd. Perayu Menang 3. En. Ng.Leong Toong & Pn. Yu Chuon Choo Rayuan Terhadap Penolakan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Meroboh dan Membina Semula Rumah Sesebuah 1 Tingkat Sediada Kepada 3 Tingkat Di Atas Lot 117, No. 28, Jalan Changgai, Seksyen 9, Petaling Jaya, Mukin Bandar Petaling Jaya, Dearah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Perayu Tarik Diri 4. Tetuan Hipro Technologies Sdn. Bhd. Rayuan Terhadap Penolakan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Membina Rumah Sesebuah 3 Tingkat Di Lot 71, (No.71), Jalan Dato’ Abdul Aziz (14/29) Seksyen 14, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Rayuan Terhadap Penolakan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Membina Rumah Sesebuah 3 Tingkat Di Lot 71, (No.71), Jalan Dato’ Abdul Aziz (14/29) Seksyen 14, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Rayuan Terhadap Penolakan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Membina Rumah Sesebuah 3 Tingkat Di Lot 71, (No.71), Jalan Dato’ Abdul Aziz (14/29) Seksyen 14, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. PBT Menang 5. En.Yen Wen Hwa Rayuan Terhadap Penolakan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Meroboh 2 Unit Rumah Sesebuah 1 Tingkat Sediada Dan Membina Semula 1 Unit Rumah Sesebuah 2 Tingkat Dengan Mezzanin Berserta Kolam Renang Di PT 9 & PT 11, (No. 9& 11) Jalan 14/30A, Seksyen 14, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. PBT Menang 6. En. Yaakob Bin. Lat Rayuan Terhadap Penolakan Kebenaran Merancang Bagi Membuat Perubahan Matan Dalam Penggunaan Tanah Daripada Rezab Keretapi Kepada Tempat Letak Kereta Kenderaan Berat Dan
Mesin Di Atas Sebahagian Rezab Keretapi, KM 374.490, Jalan Cemara, PJU 9 Dalam Mukim Sg. Buloh, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk En. Yaakob Bin Lat. Rayuan Terhadap Penolakan Kebenaran Merancang Bagi Membuat Perubahan Matan Dalam Penggunaan Tanah Daripada Rezab Keretapi Kepada Tempat Letak Kereta Kenderaan Berat Dan Mesin Di Atas Sebahagian Rezab Keretapi, KM 374.490, Jalan Cemara, PJU 9 Dalam Mukim Sg. Buloh, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk En. Yaakob Bin Lat.Perayu Tarik Diri 7. Tetuan Adenland (Damansara Jaya) Sdn. Bhd. Rayuan Terhadap Penolakan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembinaan Rumah Bandar Jenis B,46 Unit 5 Tingkat Dengan Kemudahan Awam Atas Bumbung Beserta 3 Tingkat Lower Ground Tempat Letak Kereta Dan Bilik Mekanikal/Utiliti Di Atas Lot 13505, Jalan Jenjarum, Kg. Sg. Ara, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Adenland (Damansara Jaya) Sdn. Bhd. Perayu Tarik Diri 8. Tetuan Bandar Utama Capitol Sdn. Bhd. Rayuan Terhadap Pembayaran Caj Pemajuan Ke Atas Kebenaran Merancang Bagi Tujuan Pembangunan 3 Blok Apartment Bertingkat Bersama-Sama Kemudahan-Kemudahan Komuniti Di Atas Podium Letak Kereta Bertingkat Secara Serah Balik Dan Pemberimilikan Semula Di Bawah Seksyen 204b Ktn Ke Atas Lot Pt 183, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Bangsar Heights GLC Sdn. Bhd. Perayu Tarik Diri 9. OCR Properties Sdn. Bhd Rayuan Terhadap Permohonan Cadangan Pembangunan 1 Blok Pejabat 30 Tingkat Beserta 2 Tingkat Kemudahan Dan 1 Blok Hotel 12 Tingkat Di Atas 9 Tingkat Podium Yang Mengandungi 1 Tingkat Ruang Perniagaan Di Tingkat Bawah, 7 Tingkat Tempat Letak Kereta Dan 1 Tingkat Kemudahan Hotel Serta 1 Tingkat Basement Tempat Letak Kereta Di Lot Pt 853, Jalan Pjs 8/9, Pjs 8, Petaling Jaya , Mukim Petaling Daerah Petaling Perayu Menang 10. Tetuan Bandar Utama City Corporation Sdn. Bhd. Rayuan Terhadap Permohonan Cadangan Pembangunan 5 Blok Pangsapuri 5 Hingga 53 Tingkat (1752 Unit) Yang Mengandungi 10 Tingkat (9 Tingkat Atas Dan 1 Tingkat Basemen) Tempat Letak Kereta, Kemudahan Sukan Rekreasi, Ruang Perniagaan, Kemudahan Awam, Ruang Penyewaan “Locker” Dan Kemudahan Utiliti Serta 1 Blok Bangunan Perniagaan (2 Tingkat) Di Atas Lot 27658 Dan Lot 27659, Persiaran Bukit Utama, Bandar Utama Damansara, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Rayuan Terhadap Permohonan Cadangan Pembangunan 5 Blok Pangsapuri 5 Hingga 53 Tingkat (1752 Unit) Yang Mengandungi 10 Tingkat (9 Tingkat Atas Dan 1 Tingkat Basemen) Tempat Letak Kereta, Kemudahan Sukan Rekreasi, Ruang Perniagaan, Kemudahan Awam, Ruang Penyewaan “Locker” Dan Kemudahan Utiliti Serta 1 Blok Bangunan Perniagaan (2 Tingkat) Di Atas Lot 27658 Dan Lot 27659, Persiaran Bukit Utama, Bandar Utama Damansara, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Dalam Perbicaraan 11. Tetuan Conlay Land Sdn. Bhd. Rayuan Terhadap Penolakan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan 1 Blok Menara Pangsapuri Servis (320 Unit) 16 Tingkat Dan 1 Blok Pejabat Pejabat 13 Tingkat Di Atas 10 Tingkat Podium Yang Mengandungi 2 Tingkat Ruang Komersial Dan Pejabat (Aras 1 Dan 2), 7 Tingkat Tempat Letak Kereta Bertingkat ( Aras 3 Hingga 9) Dan 1 Tingkat Kemudahan Fasiliti (Kolam Renang, Bilik Persalinan, Gymnasium, Surau Pejabat Pengurusan Dan Ruang Sebaguna) Aras 3 Dan Aras 2 Besmen Tempat Letak Kereta Di Atas Lot Pt 7, Jalan Universiti, Seksyen 17, Mukim Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Perayu Menang 12. Tetuan Terra Mirus Sdn. Bhd Rayuan Terhadap Permohonan Cadangan Pembangunan 2 Blok Bangunan Pejabat Dan Hotel Setinggi 28 Tingkat (Blok A) Dan 30 Tingkat (Blok B) Serta 1 Tingkat Sky Garden Di Atas 5 Tingkat Podium Perniagaan, 4 Tingkat Bawah Rendah Dan 3 Aras Basemen Tempat Letak Kereta Serta Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik Di Atas Lot 10113 (Seksyen 27), Jalan Utara, Seksyen 52, Petaling Jaya, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Perintah Persetujuan 13. Tetuan Plenitude Treasure Sdn. Bhd Rayuan Terhadap Penolakan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Permohonan Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula Tanah, Dibawah Seksyen 204b Ktn Secara Serentak Dan Kebenaran Merancang (Pindaan Kepada Pelan Susunatur Yang Telah Diluluskan Untuk Lot 30976) Bagi Cadangan Membina 1 Blok Bangunan Perniagaan 18 Tingkat Yang Mengandungi :- 1. 10 Unit Kedai & 1 Unit Kiosk Di Tingkat Aras Tanah Tingkat 1 &Tingkat 2,
2. 12 Unit Pejabat Dan Tempat Letak Kereta Di Tingkat 3 Hingga Tingkat 8,
3. 97 Unit Suite Servis/Hotel Di Tingkat 9 Hingga Tingkat 12,
4. 70 Unit Pejabat Di Tingkat 13 Hingga Tingkat 17
Di Atas Lot Pt 186, Seksyen 39, Hsd 255780, Bandar Petaling Jaya Dan Lot 30976 Pm 734, Jalan Ss 2/75, Selangor Darul Ehsan.
Perintah Persetujuan 14. Encik Ng Kieng You Rayuan Penolakan Kebenaran Merancang Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Permohonan Pindaan Kebenaran Merancang (Pelan Susunatur Yang Telah Diluluskan Bil. Mpsj.Ps(G)260/1/172 Bertarikh 21 December 2010) Dan Penyerah Balik Dan Pemberimilikan Semula Tanah Di Bawah Seksyen 204b, Kanun Tanah Negara 1965 Untuk Cadangan Meminda 1 Unit Rumah Sesebuah (Keluasan 933.7mp) Kepada 2 Unit Rumah Berkembar (Lot A 47’x88′ Dan Lot B : 35′ X 106′) Di Atas Lot Pt 72510, Jalan Lp 4/4, Taman Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Mukim Petaling, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Perayu Tarik Diri 15. Taska Idaman Rayuan Penolakan Kebenaran Merancang Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Tujuan Membuat Perubahan Material Kegunaan Bangunan Daripada Kediaman Kepada Taska Di Alamat No. 1 & 3, Jalan Sr 3/1, Taman Serdang Raya, Seri Kembangan, Mukim Petaling Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Perayu Tarik Diri 16. Veritas Planning Sdn. Bhd. Rayuan Syarat Kebenaran Merancangpenyediaan Tempat Letak Kenderaan Bagi Permohonan Kebenaran Merancang Cadangan Pindaan Di Atas Pelan Susunatur Yang Telah Diluluskan Bagi Cadangan Ubahsuai Dalaman Bagi Bangunan Hospital 7 Tingkat Sedia Ada Dan Tambahan 1 Blok Bangunan Hospital 12 Tingkat Yang Mengandungi : A. 1 Tingkat Ruang Tempat Letak Kenderaan Aras Besemen
B. 1 Tingkat Kemudahan Hospital Dan Tempat Letak Kenderaan Aras Bawah Tanah (Lg)
C. 8 Tingkat Kemudahan Hospital Dari Aras Tanah Hingga Aras 7,
D. 10 Tingkat Tempat Letak Kenderaan Aras Tanah Hingga 7,
E. 4 Tingkat Kemudahan Hospital Dari Aras 8 Hingga Aras 11, Dan
F. 1 Tingkat Ruang Mekanikal Dan Elektrikal Aras Bumbung,
Di Atas Pt 12172, Jalan Teknologi, Pju 5, Kota Damansara, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan
Perayu Tarik Diri 17. Dato May Phing @ Cho Mai Sum Rayuan Penolakan Kebenaran Merancang Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Perubahan Dan Pengubahsuaian Fasad Bangunan Ke Atas 4 Buah Rumah Kedai 2 Tingkat Sedia Ada Di Atas Lot Pt 44178, Pt44179, Pt44180 Dan Pt44181 (No. 3,5,7, Dan 9), Jalan Pju 1/3g, Pusat Dagangan Sunwaymas, Mukim Petaling, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Perintah Persetujuan 18. MDS Ventures Sdn. Bhd. Rayuan Penolakan Kebenaran Merancang Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Tujuan Serah Balik Kurnia Semula Di Bawah Seksyen 204b Kanun Tanah Negara Untuk Pembangunan 4 Unit Rumah Sesebuah (2 Tingkat) Dan 1 Tingkat Separa Bawah Tanah Di Atas Lot Pt 577 Dan Lot Pt 578, Jalan 5/66, Mukim Bandar Petaling, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Perayu Menang 19. Encik Chong King Siong Rayuan Penolakkan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Tambahan Dan Ke Atas Rumah Berkembar 2 Tingkat Sediada Kepada 3 Tingkat Di Atas Lot 9933, No. 2a, Jalan Ss22/35, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling Jaya Perayu Tarik Diri 20. OCR Development Sdn. Bhd Rayuan Terhadap Kelulusan Permohonan Pelan Bangunan Bagi Cadangan Pembangunan Apartment 23 Tingkat (88) Unit Yang Mengandungi:-
A) 1 Bolok Apartment Beserta 2 Tingkat Kemudahan,
B) 1 Blok Apartment 12 Tingkat Beserta 1 Tingkat Taman Bumbung,
Di Atas 1 Tingkat Tempat Letak Kereta Di Aras Tanah Dan 2 Tingkat Tempat Letak Kereta Separa Bawah Tanah, Di Atas Lot Pt 1118 (Lot 13844) Kampung Kayu Ara, Pju 6a, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Negeri SelangorDalam Perbicaraan 21. Encik Wong Soo Kan Rayuan Bantahan Lot Berjiran Bagi Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Membuat Perubahan Material Dalam Penggunaan Bangunan Daripada “Bangunan Kediaman” Kepada “Bangunan Kediaman” (Pusat Jagaan Orang Tua Sementara) Di Premis No. 10, Jalan Ss 4c/16, Kelana Jaya, Petaling Jaya Untuk Puan M. Vijaya A/P Murugasu (Kanji Retirement Home) PBT Menang 22. Shearn Delamore & co Rayuan Penolakan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Tambahan Dan Ke Atas Rumah Berkembar 2 Tingkat Sediada Kepada 3 Tingkat Di Atas Lot 9933, No. 2a, Jalan Ss22/35, Damansara Jaya, Petaling Jaya Perayu Tarik Diri 23. Tuan Terence Selvarajah A/L Peter Selvarajah Rayuan Penolakan Kebenaran Merancang Bagi Tujuan Membuat Perubahan Material Dalam Penggunaan Bangunan Daripada Kediaman Kepada Kediaman (Pusat Pameran Dan Pejabat Sementara) Di Premis No. 110, Jalan Gasing, Mukim Petaling, Daerah Petaling Perayu Tarik Diri 24. Tetuan Kolej IACT Sdn. Bhd Rayuan Penolakkan Kebenaran Merancang Bagi Tujuan Membuat Perubahan Material Dalam Penggunaan Bangunan Daripada Bangunan Perniagaan Kepada Bangunan Perniagaan (Pusat Pameran Dan Pejabat Sementara) Di Premis Blok 2, Tingkat 10-02, 12-02, 13a-1, 13a-02 Dan 17-02, Bangunan Vsq @ Pj City Centre, Jalan Utara, Seksyen 52, Mukim Petaling, Daerah Petaling Jaya Perayu Tarik Diri Sebanyak 24 kes yang melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah didaftar dan dibicarakan di Lembaga Rayuan Negeri Selangor. Maklumat tajuk permohonan bagi kes yang melibatkan MBPJ adalah seperti yang dinyatakan diatas beserta status kes yang mana 3 kes (12.5%) daripadanya dimenangi oleh MBPJ, 4 kes ( 16.7%) di menangi oleh Perayu, 12 kes (50%) di tarik balik oleh Perayu, 3 kes (12.5%) diputuskan melalui Perintah Persetujuan dan 2 kes (8.3%) masih lagi di dalam perbicaraan.