Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

22) LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Aduan dari penghuni perumahan rakyat LPHS, di seksyen 26 Shah Alam adalah syarikat penyelenggaraan yang di lantik LPHS tidak laksanakan tugas hingga surau dilimpahi air najis. Huraikan apakah benar dakwaan ini?

    Dakwaan ini adalah tidak benar kerana syarikat penyenggaraan yang dilantik telah melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Skop kerosakan yang dibangkitkan tidak termasuk di bawah perjanjian pengurusan dan penyelenggaraan antara LPHS dengan syarikat penyenggaraan kerana kerja ini melibatkan kerja-kerja teknikal yang perlu ditangani oleh LPHS sendiri. Walau bagaimanapun, syarikat penyenggaraan telah memaklumkan kepada LPHS apabila berlaku masalah yang dibangkitkan oleh penduduk berkenaan limpahan air najis tersebut.

    Isu melibatkan limpahan air najis berhampiran kawasan surau berlaku disebabkan saluran paip kumbahan tersumbat dah tidak mengalir ke ‘mainhole’. Masalah seperti ini kerap berlaku akibat sikap penduduk yang sering membuang barang-barang yang tidak sepatutnya ke dalam tandas. Walau bagaimanapun perkara ini telah di atasi oleh LPHS pada 9 Jun 2011.

    Setakat 30 Jun 2011 terdapat 289 unit rumah kosong dan 691 unit rumah yang telah diisi oleh penyewa sama ada oleh orang awam atau menempatkan setinggan Rimba Jaya. Manakala pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:

    KAUM   BILANGAN   PERATUS
    Melayu 471 68%
    Cina 1 1 %
    India 219 31%
    Jumlah   691   100%
  2. Jelaskan, berapa unitkah rumah di perumahan ini kosong dan berapakah yang dihuni? Huraikan berapakah pecahannya mengikut kaum?

  3. Kenapa rekod polis dijadikan alasan untuk menolak permohonan penyewa dari kalangan orang miskin?

    Semakan rekod polis bukan merupakan syarat utama bagi pengambilan penyewa PPR Kg. Baru HICOM atau mana-mana PPR lain di Negeri Selangor. Namun demikian, terdapat kes-kes tertentu di mana penyewa yang telah tamat tempoh penyewaan atau bukan penyewa sah memohon untuk terus tinggal di PPR didapati mempunyai rekod jenayah atau kes polis melalui aduan yang dikemukakan oleh penyewa lain. Siasatan dan semakan ini perlu dilakukan bagi mengelak sebarang kes pecah rumah, vandalisme, samseng dan sebagainya berlaku di kawasan PPR. Perkara ini penting untuk di atasi lebih awal bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman penghuni-penghuni lain di PPR sering melaporkan aduan kepada LPHS.

Lampiran

Tiada Lampiran.