Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

168) LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan struktur, pengarah dan pengurusan LPHS?

  2. Apakah peranan dan fungsi LPHS?

    1. Peranan dan fungsi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) seperti berikut :-

     

    i)         Kapasiti & Peranan LPHS

    Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor adalah suatu pertubuhan perbadanan (body corporate) dan boleh :-

    1. Mendakwa dan didakwa ;
    2. Membuat kontrak ;
    3. Memiliki harta alih dan tak alih ;
    4. Membuat urus niaga, melupuskan atau menjalankan apa-apa urusan yang berkaitan dengan harta alih dan tidak alih yang terletak hak kepada Lembaga ;
    5. Mengambil tindakan tatatertib ke atas pekerja berdasarkan Enakmen Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj)(Selangor 2001) ;
    6. Melantik pekerja untuk menjalankan fungsi dan kuasa yang telah diperuntukkan tertakluk kepada syarat- syarat perkhidmatan seperti yang diputuskan oleh pihak Lembaga dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri ;
    7. Mengadakan daftar pemaju perumahan dan hartanah ;
    8. Memastikan pengurusan dan penyelenggaraan perumahan atau hartanah dilaksanakan mengikut undang-undang ;
    9. Menetapkan dan mengenakan fi, bayaran, faedah dan caj-caj lain berdasarkan fungsi dan kuasa di bawah Enakmen ;
    10. Melantik atau menggaji ejen, penasihat teknikal, konsultan, kontraktor atau orang lain untuk mengendalikan perniagaan atau mengadakan perjanjian untuk menjalankan fungsi atau tanggungjawabnya atau untuk perkongsian keuntungan atau usaha sama dengan orang atau kumpulan orang ;
    11. Merangka kaedah ke arah penyelesaian projek terbengkalai tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Pengawalan dan Pelesenan) 1966 ;
    12. Menetapkan dan melaksanakan dasar bagi pembangunan perumahan kepada pembeli ; dan
    13. Melaksanakan tanggungjawab yang diberikan atau diwakilkan berdasarkan undang-undang sedia

     

    ii)        Fungsi dan kuasa LPHS

     

    1. Menyediakan garis panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pentadbir Tanah dan pemaju berkaitan perumahan dan hartanah ;
    2. Menyelaras antara agensi untuk membolehkan kemajuan pembangunan perumahan dan hartanah dilaksanakan dengan pesat ;
    3. Menggalakkan industri perumahan dan hartanah dari peringkat perancangan pembangunan sehingga penjualan khususnya perumahan awam dan kos rendah ;
    4. Merancang, membangun, melaksana dan menggalakkan pembangunan,

     

    pelaksanaan, pemasaran dan penjualan perumahan dan hartanah secara amnya dan secara khususnya bagi perumahan awam dan kos rendah ;

    1. Mengurus penyelenggaraan kawasan perumahan termasuk kemudahan dan infrastruktur di kawasan tersebut ;
    2. Menggalak, menyelaras dan melaksanakan kajian dan pembangunan dalam semua aspek perumahan dan hartanah secara khususnya mengenai perumahan awam dan kos rendah ;
    3. Menjadi pusat sumber dan maklumat untuk industri perumahan dan hartanah ;
    4. Menyediakan laporan penyata kewangan tahunan untuk diaudit dan diluluskan pihak Berkuasa Negeri seterusnya dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor ; dan
    5. Menjadi ejen pemungut ansuran pinjaman rumah awam kos rendah bagi pihak Kerajaan Negeri untuk dikembalikan kepada Kerajaan Persekutuan sebagai anuiti

     

    • Urus setia    kepada    Jawatankuasa   Tetap    Perumahan,            Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar Negeri Selangor
  3. Sejauh manakah keberkesanan LPHS melaksanakan objektif penubuhannya?

    1. Antara keberkesanan LPHS dalam melaksanakan objektif penubuhannya adalah seperti berikut : –

     

    1. Menyediakan garis panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pentadbir Tanah dan pemaju berkaitan perumahan dan hartanah :
    • ‘Guarded And Gated Community’
    • Syarat- syarat Pemohon Rumah Kos Rendah
    • Syarat- syarat Penyewaan Pogram Perumahan Rakyat
    • Mekanisma kapasiti penyewaan bagi warga asing
    • Penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB)
    • Prosiding mesyuarat pertama JMB
    • Pelaksanaan waran penahanan oleh Pesuruhjaya Bangunan di bawah Akta 663 dan Akta 318
    • Penyelarasan rekabentuk rumah mampu milik
    • Dasar pengurangan/diskaun 25% cukai taksiran kepada pangsapuri kos rendah
    • Dasar Rumah Selangorku
    • Program rumah sewa

     

     

    1. Menyelaras antara agensi untuk membolehkan kemajuan pembangunan perumahan dan hartanah dilaksanakan dengan pesat :
    • Usaha- usaha pemulihan Projek Terbengkalai
    • Pemantauan Projek Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) [LPHS sebagai ahli bersama di bawah JPBD]
    • Penyelesaian aduan perumahan dan hartanah

     

    • Program-program Pembangunan Komuniti :-
    1. Pemberian Air Percuma
    2. CERIA
    • Penyelarasan Migrasi Meter Air Individu
    1. SEROJA
    • Pelaksanaan tugas dan kuasa Pesuruhjaya Bangunan
    • Penyelarasan komposisi pembangunan melalui penyediaan ulasan bagi permohonan untuk pengecualian / penangguhan / pemindahan / pindaan bagi pembangunan perumahan / perniagaan /

     

    • Menggalakkan industri perumahan dan hartanah dari peringkat perancangan pembangunan sehingga penjualan khususnya perumahan awam dan kos rendah :
      • Sistem Permohonan Kebenaran Pindah Milik Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) dan Rumah Kos Rendah (RKR)
      • Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah (SPPR) Kos Rendah
      • Sistem Pendaftaran Pemaju
      • Pelaksanaan mekanisme pelepasan kuota bumiputera Negeri Selangor

     

    1. Merancang, membangun, melaksana dan menggalakkan pembangunan, pelaksanaan, pemasaran dan penjualan perumahan dan hartanah secara amnya dan secara khususnya bagi perumahan awam dan kos rendah :
      • Penjualan Projek Taman Air Manis, Sabak Bernam
      • Mengadakan Ekspo Perumahan, Program Hari Bersama Pelanggan, menyertai MAPEX Selangor anjuran REHDA

     

    1. Mengurus penyelenggaraan kawasan perumahan termasuk kemudahan dan infrastruktur di kawasan tersebut :
      • Penyelenggaraan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR)
      • Baik pulih Rumah Awam Kos Rendah (RAKR)

     

    1. Menggalak, menyelaras dan melaksanakan kajian dan pembangunan dalam semua aspek perumahan dan hartanah secara khususnya mengenai perumahan awam dan kos rendah :
      • ‘Blue Print’ Perumahan 2004- 2014 (Tahun 2005)
      • Permintaan dan Penawaran Rumah (Tahun 2007)
      • Bancian Skim Bantuan Penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR)

    (Tahun 2009)

    • Kajian Menyeluruh Bagi Rumah Mampu Milik Di Kawasan Lembah Klang, Selangor (Tahun 2011)

     

    • Menjadi pusat sumber dan maklumat untuk industri perumahan dan hartanah :
      • Permintaan dan Penawaran Rumah Kos Rendah dan Rumah Awam Kos Rendah
      • Pendaftaran Pemaju

     

    • Perumahan Bertingkat
    • Senarai dan Status Projek Terbengkalai
    • Senarai pemaju yang disenaraihitam di Negeri Selangor
    • Projek pembangunan tanpa Sijil Layak Menduduki (CF) / Sijil Penyiapan & Perakuan (CCC) / Sijil Layak Menduduki Sementara (TCF)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.