Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

273) LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan syarat-syarat yang dikenakan oleh LPHS terhadap pemaju untuk perlepasan kuota bumiputera

    Untuk makluman Yang Berhormat, syarat- syarat yang perlu dipatuhi oleh pemaju sebelum sesuatu rayuan permohonan pelepasan kuota Bumiputera diberikan, pemaju perlu mengemukakan beberapa maklumat atau aktiviti kepada LPHS seperti berikut :

     

    1. Laporan projek yang mengandungi statistik jualan;
    2. Salinan keratan akhbar- akhbar tempatan, majalah, portal (website) yang mempromosikan hartanah- hartanah milik pemaju;
    • Salinan Sijil Perakuan Arkitek yang menunjukkan kemajuan projek di tapak;
    1. Menyertai pameran hartanah Bumiputera yang dianjurkan samada oleh LPHS atau pihak

     

    Selain itu, pemaju perlu terlebih dahulu menjual kesemua unit- unit hartanah kuota bukan Bumiputera sebelum boleh memohon untuk pelepasan kuota Bumiputera.

  2. Senaraikan jumlah denda, bayaran balik potongan harga bumiputera dan caj pelanggaran mekanisme pelepasan kuota bumiputera yang dikenakan oleh LPHS kepada pemaju-pemaju sejak tahun 2010

    Untuk makluman Yang Berhormat penepatan urusan mekanisma pelepasan kuota Bumiputera yang dikenakan kepada pemaju sejak tahun 2010 adalah seperti berikut :

    1. Bayaran Balik Potongan Harga Bumiputera
      • Kediaman =  7%
      • Komersial = 10%
      • Industri = 10%
    2. Caj Pelanggaran Tanpa Kelulusan = 5%

     

    Kesemua bayaran ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Penyelenggaraan Kuota Bumiputera yang digunakan bagi tujuan pembelian hartanah- hartanah Bumiputera yang tidak terjual melalui pembelian yang dijalankan dan diuruskan oleh anak syarikat LPHS iaitu Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kaedah pelepasan ini telah pun dipermudahkan yang mana pelepasan akan diberikan secara automatik berdasarkan peringkat yang telah ditetapkan iaitu :

     

    1. Peringkat 1 =    Kerja-         kerja         pembinaan

    mencapai     50%     (berdasarkan perakuan Arkitek)

    1. Peringkat 2 =    Kerja-         kerja         pembinaan

    mencapai     75%     (berdasarkan perakuan Arkitek)

    • 20% daripada baki unit

     

    • 30% daripada baki unit

     

    • Peringkat 3 =    CCC dikeluarkan                                    – 30% daripada baki unit
    iv) Peringkat 4 = 6        bulan selepas CCC – Keseluruhan
          dikeluarkan     baki unit
  3. Status terkini rayuan pengecualian kuota jualan bumiputera projek Taman Rasa Utama, Hulu Selangor yang telah siap sepenuhnya pada tahun 2002

    Untuk makluman Yang Berhormat, LPHS telah meluluskan rayuan permohonan pelepasan kuota Bumiputera daripada Tetuan Sunway Integrated Properties Sdn Bhd bagi projek Taman Rasa Utama, Hulu Selangor pada 8 september

Lampiran

Tiada Lampiran.